Tarikh: 23/03/2016
(Rabu)
Lokasi: Sekitar
Kota Samarahan, Sarawak
Masa : 5.45pm - 6.45pm
Rabu menjelma lagi... Kali ini atas nama Misi Kemanusiaan bagi membantu kawan aku yang memerlukan Haruan untuk Mem beliau selepas caesar (dapat baby Boy - Tahniah Alex!), permainan set halus (Finesse) aku tangguh dahulu. Maka keluarlah set Medium Heavy (MH) yang lama gak dah tak beraksi. Just in case port tu nanti jadi Heavy Cover...
|
Ada keruh sikit air. Nun dihujung sana, ada beberapa kali sambaran kecil & siap buat aksi akrobatik lagi beliau. Namun kat tengah2 tulah sambaran kasar yang tidak menepati sasaran pada mulanya. Hoh, target locked! Cast kali ke-2, tiada respond (mungkin beliau malu digelak rakan2 beliau sebab 1st try tak berjaya). Kali ke-3 pun masih belum ada apa2. Kali ke-4, aku retrived slow2 + jerk sikit & pause. Aku buat sampai ke kawasan crime scence tadi & "Bammmmm... !!!" music to my ears, biar 3 second beliau mencolek froggy & kemudian aku hook-up kuat2... |
|
Nahhhh... naik jugak ko ye yang berani membuat onar! Hahaha... |
|
Good size buat sahabat aku. Ko takkan di sia2kan... |
|
Species: Haruan @ Common Snakehead
Rod: Expert Graphite_Carbon Cube, 10-20 lb
Reel: Kuying_Tornado 101 v2.0
Line: Tri-Poseidon PE x4_30 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 50 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: Senses_D-Frog
Status: Tapau
|
|
Hanya seekor nie jer yang berjaya dinaikan. Walaupun ada a few sambaran kecil2an sahaja, namun faktor air yang agak kering & keroh (aku rasa mcam kena jaring jer port nie & sekitarnya berdasarkan beberapa kesan tapak kaki, sehari 2 sebelum nie), ditambah lagi teratai semakin mengheavy cover, payah gak nak mencari snakehead. Apa2pun, syukur boleh membantu kawan yang memerlukan. GUNA KELEBIHAN UNTUK HIKMAH BERSAMA... Bantu selagi terdaya. |
LURE(S) OF THE DAY
|
Hahaha... rasa tergelak tengok gambar nie. Time nie si dia masih lagi suci murni! Sekarang dah macam Hantu Kak Limah! Tunggu masa jer nak pencen... |
Tarikh: 26/03/2016
(Sabtu)
Lokasi: Taman Desa Ilmu,
Kota Samarahan
Masa : 6.00pm - 7.00pm
Komplot saltwater yang kumpau di Lundu pada sebelah paginya disebabkan hujan yang agak lebat (awal pagi menurut penduduk kat situ), walaupun sebelum tu cuaca dilapor baik. Tahap air yang keruh cam teh tarik & tersangat tawar. Sebutir garam pun takde!
Sebelum balik rumah, bagi mencari secebis "karan", Taman Desa Ilmu diterjah memandangkan masa berbaki 1 jam. Aku masih lagi mensasarkan Tarpoon. Kali ini aku gunakan kaedah "Baitfly" (Baitcast + umpan Fly). Aku tak tahu kalau ada gelaran lain untuk kaedah nie. Aku ada terbaca penggunaan perkataan "Spinfly" (Spinning + umpan Fly). Memandangkan aku guna baitcast (BC), so aku namakan Baitfly jer lah amik senang ;p
|
Teknik Baitfly menggunakan umpan fly jenis Clouser. Baru beberapa kali aku cast, ada sambaran yang tidak kemas (hrmmm... menggigit bulu clouser barangkali?). Miskol yang membuat aku tersenyum. Terus aku cast berkali2 lagi hingga aku merasa 1 tarikan yang agak kuat melarikan clouser. Terus aku hook-up kuat sikit. Tu dia, strike baby Toman! |
|
Aku layan dengan set halus (Finesses) tersangat lah siyok! Jadilah buat ilang giggil... |
|
Species: Toman @ Giant Snakehead
Rod: Kuying _Teton, 2-4 lb
Reel: Daiwa_Alphas 103L
Line: Special Line x4_4 lb
Leader: Yamatoyo_Fluoro Shock Leader, 8 lb
Lure: Clouser
Status: C&R
|
|
Tergoda gak beliau dengan clouser nie. Best pakai clouser kalau air jernih & separa jernih aku rasa... |
|
Sehingga mentari senja hampir terbenam, tiada lagi sambutan. Maka aku stop for now. Walaupun sang Tarpoon masih belum berjaya aku naikan, namun adanya clouser nie memberi sedikit harapan buat aku. Till we meet again... |
LURE(S) OF THE DAY
|
Clouser yang aku beli online dari Paklong Usu (otai PB kat Tasik Prima beliau nie). Aku request kaler hijau putih. RM40 (Rm30 - Clouser 10 ekor + RM10 pos). Pasnie aku nak repeat oder. Sehingga blog nie ditulis, 3 ekor Clouser aku dah terkorban. Uhukkk.... Lupa lak aku nak snap gambar dengan jelas camna aku rigging clouser nie. Gambar 1st tu ada nampak sikit. Nanti aku update. |
|
Konsep ragging spinfly/baitfly yang aku gunakan.
|
No comments:
Post a Comment