"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

07 March 2016

Snakehead Report (1st week of March 2016) - Desa Ilmu Strike 01/2016: *Lesen Baby Toman & TEST DRIVE: Rod Kuying Teton 2-4 lb


Tarikh: 05/03/2016 (Sabtu)
Lokasi: Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan, Sarawak
Masa  : 7.00am - 5.30pm




*TEST DRIVE*


Yo, pekaba korang? Lama rasanya aku tak update blog nie. Bukan apa, memang aku tak cast sebab beberapa minggu lepas aku bercuti bersama keluarga kat KL & Klang untuk menghadiri majlis perkahwinan kazen mem aku. Masa kita orang kahwin dulu, dia datang. So, masa dia kahwin kita 'balas pantun' lak. Memang masa agak singkat. Tak sempat nak mem'PB' kat Tasik Prima. Bukan setakat nak casting, nak gi kedai pancing pun tak sempat!

Lepas balik dari bercuti tu sempat lah cast weekday sekejap konon2 nak test rod baru, tapi kumpau le pulak. Pasal tu takde report blog aku nie. So, bila hujung minggu menjelma & ada masa yang panjang sikit untuk casting, dapatlah aku sambung balik Test Drive rod Kuying Teton 2-4lb. Rod UL nie. Aku gandingkan rod nie dengan Line 4lb, Leader 8lb, bc Daiwa Alphas 103L (drag 8.8lb). Hrmmm.. taklah UL sepenuhnya sebab aku gunakan BC. Macam lebih kepada Finesse Fishing jer. [ ? ]. Klik kat "?" untuk tambah ilmu korang. Jangan gadoh2 aaa pasal UL ke Finesse ke...

Kali ini aku memilih port kat Taman Desa Ilmu sebagai lokasi sasaran utama. Banyak gambar kali ini untuk korang melepas rindu & sebagai motibasi (yelah tu...). Semoga keindahan tempat ini tidak dicemari oleh sifat rakus & tamak manusia yang "gitu2" tu... Biarlah tempat ini dijadikan tempat beriadah & tempat sukan memancing. C&R amat digalakan. Tapau pun tak pa. Janji berpada2...




Keseluruhan view dari atas bukit.





Keseluruhan view dari atas bukit.














































































Boleh tahankan tempat nie? Besar dari Riveria. Berjaya jugak aku khatam pusing tempat nie. Yang tak sedap mata memandang tang sampah sarap tu. Memang takde kesedaran sivik lah "manusia durjana" tu. Rasa macam nak pindah ke Jepun jer rasa. Tapi apakan daya... Next time aku nak ternak baby MJ & Barra kat dalam nie bagi menambah populasi demi sukan memancing. Yoshhhhhh...! Ok, now back to the point. Let the story begain...



Ada pun tujuan utama aku mensasarkan ikan Tarpoon (local ikan Bulan), khabarnya member aku jumpa saiz yang tersangat sangat sangat osem berenang dengan gumbira kat sini... Lontaran lure kat teluk tu tetiba disambar manja2. 





Ku sangkat Tarpoon, rupanya baby Toman! Hoh, kira lesen jugak nie. Aku lom pernah dapat lesen Toman lagi. Kuat gak beliau fight walaupun bawah umo!





Species: Toman @ Giant Snakehead (1st catch) 
Rod: Kuying _Teton, 2-4 lb 
Reel: Daiwa_Alphas 103L
Line: Special Line x4_4 lb 
Leader: Spider King_Nylon, 8 lb 
Lure: Ofmer_Splash 50F
Status: C&R




Dua2 hook sangkut. Kat mulut & pipi.





Banyak sebenarnya kelihatan ikan Tarpoon mengambil napas (& aku rasa baby Toman pun sama). Lontaran lure ke tengah & retrive sedang2 laju sekali lagi disambar betul2 kat bawah sampah tu. Anjat Boboboi wo...





Kecik sikit dari yang pertama tadi, tapi semangat juang tetap sama! Ishhhh... tersalah fokus lak kamera aku nie.





Species: Toman @ Giant Snakehead (2nd catch) 
Rod: Kuying _Teton, 2-4 lb 
Reel: Daiwa_Alphas 103L
Line: Special Line x4_4 lb 
Leader: Spider King_Nylon, 8 lb 
Lure: Ofmer_Splash 50F
Status: C&R





Memang mencangkup kalau dah pakai trible hook. Jarang2 dapat lepas.





Sampah sungguh orang yang buang sampah kat sini! Nun lepas sikit dari kawasan nie sekali lagi aku cast kat tengah2 kawasan ikan yang mengambil napas, baru 2 3 kali aku meng'k-pop, tetiba lure aku hilang dari pandangan! Wow, magik!





"Poof"... Tetiba beliau muncul balik bersama teman tapi mesra. Strike rupanya. Kali ini besar sikit dari 2 ekor tadi & tangkapan terakhir aku kail ini walaupun beberapa kali "mis" sambaran dari spesis apa entah.

 


Species: Toman @ Giant Snakehead (3rd catch) 
Rod: Kuying _Teton, 2-4 lb 
Reel: Daiwa_Alphas 103L
Line: Special Line x4_4 lb 
Leader: Spider King_Nylon, 8 lb 
Lure: Ofmer_Splash 50F
Status: C&R





Tertunduk malu pulak popper Ofmer tu kena jeling cik Toman. Hikhikhik... So sweet!







 LURE(S) OF THE DAY

Baru strike setelah beberapa bulan dibeli. Best diganding dengan set UL.
  






ULASAN TEST DRIVE:
























"Menyeramkan" pada mulanya ketika melihat rod nie sampai. Bukan apa, tengok hujung tip yang halus milus tu. Nasib baik aku dah ada pendedahan tentang UL. Prestasi lontaran mulanya agak "tak cun" (bukan silap rod, masalah aku sendiri sebenarnya). Bila dah ejas sikit2 beberapa kali buat lontaran, barulah mula serasi. Walaupun belum digasak saiz yang kasar, namun sedap amat bila setting bc & lure dah cun dengan rod. 


Perasan tak rod aku nie dah nampak 'tulang rusuk' nya kat bahagian pemegang? Aku customkan bagi nampak seksi (Bang Amin dari Miri yang buatkan. Jauhnya nak hantar buat custom. Minat mengatasi segala2nya) . Muahhhhhhhh! Ada yang kata hilang balance bila buat gine. Jawapan aku, "Tidak sama sekali!"... Bukan banyak sangat pun "lemak" yang aku buang nak bagi dia nampak seksi tu. Yang penting korang kena setting bc & lure. Hanya grip tu licin sikit lah sebab aku epoxy sekali untuk menjaga cork tu.




So, sexyyyy....!




 


 

No comments:

Post a Comment