"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

14 April 2016

Snakehead Report (2nd weeks of April 2016) - Sri Aman


Tarikh: 07/04/2016 (Khamis)
Lokasi: Sri Aman
Masa  : 6.00pm - 6.45pm




Part 1

Kesempatan bertugas out station kali ini di Sri Aman digunakan sebaik2nya cam biasa. Member2 kenalan dari FB dikontek untuk komplot bersama. Agak lewat bertolak & sampai di Sri Aman. Pun begitu, seorang member baru, Asyraaf Kay @ Kairul sudi membawa aku komplot bersama. 1st time aku cast di Sri Aman nie & aku tak tahu kat mana port di Sri Aman...

 


Kali ini aku bawak 1 rod sahaja - Rod Storm Solitude. Rod 4 pcs Medium Light nie biasanya "duduk di bangku simpanan" bila aku out station. Kali ini jadi "Permain Utama" lak.





Walaupun pertama kali bertemu, never estimate the power of brotherhood in fishing.
Makseh Asyraaf Kay @ Kairul yang sudi bawak aku komplot & share port di sekitar Sri Aman.





Kitaorang main kat port yang dekat2 jer & salah satu port heaven nie menurut Khairul. Tapi sayang, kesan penggalian masih kira baru gak. Teratai pun takde. So, kuranglah sambutan dari penghuni kat sini...





Setelah berpindah port kat parit yang bertentangan, akhirnya selaku tuan rumah, Khairul merasmi dengan strike snakehead curut2 remaja.





Aku pun berpindah kat parit seberang gak. Air kat parit nie ok sikit (hitam berbanding parit yang sebelumnya hitam keruh). Beberapa kali cast, ada miskol & rabut seekor. Aku biarkan dulu & cast kat spot lain. Kemudian aku cast balik kat lokasi kejadian...





... dan strike curut2 remaja jugak. Akhirnya lesen pertama aku main away di Sri Aman. Fiuhhhh... nasib baik tak kumpau! Hahaha...





Species: Haruan @ Common Snakehead 
Rod: Storm_Solitude, 6-12 lb
Reel: Shimano_Caenan 101
Line: Tri-Poseidon PE x4_15 lb
Leader: Poseidon 100% Fluorocarbon_20 lb
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: C&R





Ayakkkk... cedera parah. Aku lupa lipat / buang duri kat hook seperti yang biasa aku buat. Froggy baru rupanya dalam tackle box aku. Sorry aaa...





Setelah kureng sambutan aku tukar pulak port kembali ke parit pertama tadi. Sehingga hari beransur gelap, tiada lagi sambaran. Masing2 strike seekor sahaja snakehead dalam masa & waktu yang singkat ini. Yang penting, hilang gak "vibrate" tangan aku... Kihkihkih!







  LURE(S) OF THE DAY











Tarikh: 08/04/2016 (Jumaat)
Lokasi: Sri Aman
Masa  : 5.30pm - 6.45pm




Part 2

Hari ke-2 aku out station di Sri Aman & merupakan hari terakhir masa terluang yang aku ada sebelum bz sepenuhnya pagi esok. Memandangkan Khairul bertugas petang ini, seorang lagi kenalan baru FB, Azizul Suhaili @ Zul pulak sudi membawak aku komplot. Hoh, inilah dikatakan "kita caster adalah bersaudara"... 1 semangat & sikap tolong-menolong dikalangan para caster. TQ bro atas kesudian membawa aku komplot.





Kali ini Zul membawa aku kat port Temudok. Rupanya di sebalik lembah nie ada port snakehead. Baru aku tahu...





Wahhhh... Kagum aku tengok port nie. Banyak gak snakehead dah didaratkan kat sini, kata Zul.





Snap2 view dulu...





Snap kat sebelah nie pulak.





Berkali-kali gak cast dah. Namun kali ini kebanyakan snakehead malu2 pulak nak memunculkan diri. Pun masih kedengaran "letupan2" kat kawasan yang jauh di luar radar. Hoh, main jauh rupanya... Kemudian kitaorang berpindah spot setelah kelihatan dari kejauhan beberapa orang caster strike. Hoh, takleh jadi nie!





Akhirnya Tuan Rumah strike dulu dengan saiz curut2 manja, lagi... maka otomatik beliau terselamat dari kumpau! Hahaha... Kat kawasan sekitar nie pun dah ada 2 3 orang caster sebenarnya. Kami berdua cast kat kawasan yang sempit




Adalah jugak beberapa kali miskol dari saiz curutron. Namun akhirnya terselamat jugak aku dari kumpau. Yang nie beliau ambush dari bawah kawasan bersamai dalam 10 meter jer dari tempat aku cast. Ambush yang membawa padah kepada beliau sendiri! Hahaha...





Species: Haruan @ Common Snakehead 
Rod: Storm_Solitude, 6-12 lb
Reel: Shimano_Caenan 101
Line: Tri-Poseidon PE x4_15 lb
Leader: Poseidon 100% Fluorocarbon_20 lb
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: C&R




Tempat yang sempit lagi mengheavy cover. Sib baik aku tak bawak rod untuk HCG! Kalau tak, fuhhh... memang sampai ke ceruk2 kayu2 mati, berumput & samai tebal tu aku cast.... Setelah lama cast, tiada lagi sambutan. Nampaknya sampai di sini sahaja komplot aku bersama2 geng dari Sri Aman. Sehingga berkomplot lagi di masa hadapan, insyaallah...








   LURE(S) OF THE DAY










 

No comments:

Post a Comment