Tarikh: 03/04/2016
(Ahad)
Lokasi: Taman Desa Ilmu,
Kota Samarahan
Masa : 4.00pm - 6.30pm
Ada 2 sesi aku cast hari nie iaitu sesi pagi & petang. Kedua2nya strike. Aku mulakan report untuk sesi petang dahulu. Kali ini untuk memenuhi permintaan member FB, Bang IcanBrich - saintifik nick beliau & EE XXL - bagi membezakan sorang lagi member aku EE gak nick dia. Hahaha..., yang teringin komplot di DI. Aku ok jer. Sambil2 tu bolehlah aku target Tarpoon lagi. Buat masa nie aku masih menggunakan set UL & Fineese. Syok gak pakai bila dah serasi.
|
Kali nie cuaca nak mendung & angin agak kuat. Setelah 3 kali miskol (Tarpoon aku rasa) kat port strike Tarpoon tempohari, kitaorang beralih kat depan nie jer. Melihat kelibat Tarpoon mengambil napas, terus aku cast kat situ... |
|
Tengah asyik retrive, nampak satu kelibat 'remaja' (yang pada mulanya aku sangka Tarpoon) meluru keluar terus menyambar lure
aku & memecut selaju cahaya lari kat bawah rumput tu. Setelah agak
lama cuba menarik keluar aku rasa memang Toman punya perangai nie. |
|
Jangan tertipu melihat rumput nie. Bawah tu mau takat pinggan gak tenggelam jika salah pijak. Kat tempat camgine lah habitat Toman / Tarpoon dan lain2 bersembunyi untuk mengawan / ambush & macam2 lagi aktiviti sosial berjemaah. |
|
Sempat jugak EE XXL menyenap pic aku tengah memujuk baby Toman tu keluar tapi degil betul beliau. Kuat betul beliau memeluk akar2 rumput kat bawah tu. |
|
Bang IcanBrich melihat aku yang terkial2 cuba menarik keluar baby Toman tersebut, membawa buluh & terus memulakan aktiviti menjolok dalam rumput tu. Perghhhh... masih degil! |
|
Bila dah dapat ditarik sikit, rupanya baby Toman tu "berselimut" baik punya dengan akar2 rumput. Rasa fight Heavy Cover pulak jadinya. *Note:
Abaikan perut aku tu. Baju tu ditiup angin. Bukan Boroi hokey! Ilusi
semata2... Teruskan melihat rod Kuying Teton 2-4lb yang melentok tu lagi
berfaedah!* |
|
Akhirnya, kerjasama yang membuahkan hasil. Bejaya jugak baby Toman tu didaratkan setelah penat lelah memujuk-rayu. *Hah, tengok, mana ada perut aku boroi ;p* |
|
Species: Toman @ Giant Snakehead
Rod: Kuying _Teton, 2-4 lb
Reel: Daiwa_Alphas 103L
Line: Special Line x4_4 lb
Leader: Yamatoyo_Fluoro Shock Leader, 8 lb
Lure: Cultiva_Ring Kick Tail
Status: Take away... Bagi kat Bang IcanBrich. Diorang plan nak menternak.
|
|
Bersemangat & bermotibasi... Bang IcanBrich berusaha cast hingga ke titisan peluh yang terakhir. |
|
.... dan rehat selepas habis titisan peluh terakhir keluar. Hahaha... Yang berdiri tu Legen of the Deep Blue Sea - Ronney. Geng Jigging tu! |
|
EE XXL... Posing manja2 ayu buat korang. |
|
Most of us; "Kita berkenalan dalam muka buku...". Satu kepuasan & keseronokan bila akhirnya dapat berjumpa & komplot sama2. |
LURE(S) OF THE DAY
|
Kegemaran Toman jugak rupanya... |
No comments:
Post a Comment