"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

03 May 2016

Snakehead Report (1st week of May 2016)


Tarikh  : 01/05/2016 (Ahad)
Lokasi : Sekitar Kota Samarahan, Sarawak
Masa  : 4.00pm - 4.45pm



"Ada Apa Dengan Cinta?" Eh, Ada apa dengan Blog?... Well, very tough weeks! Memanjang kumpau & bila ada hasil strike minggu nie jugak, berlaku 'kemalangan' di mana semasa pemindahan data (gambar) untuk diedit, Micro SD Card aku patah ketika aku gunakan bersama Card Reader atas kecuaian sendiri. Arghhhhhhhh! Hilang semua bukti yang jelas lagi nyata.

Minggu nie, kazen Mem aku kawin, so ada sedikit sahaja masa terluang yang aku ada (tak dapat nak hardcore cast cam biasa). Hari Sabtu, half day sampai tengahari - Kumpau! Hari Ahad dapat lebih kurang jugak half day sebelah petang - Mujur strike seekor last menet masa kecederaan...

Memandangkan ada "percanggahan" pendapat antara pengemar Ultralight (UL) dengan Finesse, di sebelah pihak kata Finesse adalah kategori UL & di sebelah pihak lagi kata Finesse bukan kategori UL, & aku pulak gemar both categories... Apa kata kalau aku gunakan, ULF - Ultralight Finesse bagi penggemar ke-2 dua ketogori ini. So, semua merasa.





Arghhhhhhhh!!!! Abis semua priceless memories dalam tu...
 





Kali ini aku menggunakan sp Berkley T Tail Minnow yang aku potong kecik (asal 2.5", jadikan 2") untuk dipadankan dengan jighead Weedless Owner yang kecik. Masih lagi aku menggunakan seting ULF untuk casting kali ini.





Balingan kali pertama tidak mencapai sasaran kat spot yang aku inginkan & tiada sambutan. Begitu jugak balingan kali ke-2. Untuk kali ke-3, aku sasarkan berhampiran dengan teratai kat hujung tu, terus ada ombak meluru keluar dari sisi kanan...





Strike & fish on! Terus bent dengan seksi rod Kuying Teton 2-4 lb aku digasak ganas! Mujur kawasan parit nie kurang berhalangan. Dapatlah aku tarik beliau keluar dari kawasan ambush & bermulah sesi "tarik tali"...





Semangat juang & pecutan turbo yang sempat disnap! Love this pic.

"Setiap ada kamu mengapa jantung ini
Berdetak lebih kencang
Seperti genderang mau perang
Setiap ada kamu mengapa darah ini
Mengalir lebih kencang dari hujung kaki ke hujung kepala..."





Low batt akhirnya... Kihkihkih. Baru jinak!






Species: Haruan @ Common Snakehead
Rod: Kuying _Teton, 2-4 lb
Reel: Shimano_Calcutta Conquest 51
Line: Special Line x4_4 lb
Leader: Yamatoyo_Fluoro Shock Leader, 8 lb
Lure: Berkley_T Tail Minnow
Jighead: Owner_Weedless Head
Status: C&R





Close-up. Nice hook-up.





Good size jugak nie fight dengan set ULF... Macam saiz yang aku dapat masa Micro SD Card aku tu patah. Cuma yang nie gelap kaler dia berbanding kuning cerah.








   LURE(S) OF THE DAY

Berkley T Tail Minnow yang aku potong kecik (asal 2.5", jadikan 2"), memandangkan aku gunakan jighead yang kecik.




OTHERs

Aku ragging sp dengan jighead jenis nie. Tapi aku lupa saiz dia. Mungkin kecik sikit.

  










No comments:

Post a Comment