Hari nie aku amik cuti 1 hari disebabkan urusan peribadi yang sepatutnya diselesaikan pada sebelah pagi. Last2 sampai ke petang dibuatnya aku menunggu baru selesai. Plan nak cast kalau sempat siap sebelah pagi tadi kini buat aku rasa 50-50 jer nak cast berbaki masa yang ada.
Aku tengok hari pun cam nak mendung. Hrmmm... pecut ajerlah sekejap buat lepas gian. Lokasi pertama aku terjah ke Riveria. Tak sampai setengah jam aku cast, awan nano kaler itam semakin menghampiri.
Sebelum keadaan parah, baik aku memecut balit ke Kota Samarahan terjah parit2 buat layan snakehead jer...
Sebelum aku terjah parit nie ada jgak singgah parit2 lain. Sekadar rabut sambaran kecil. Sampai kat sini aku tengok air agak tinggi. Pada mulanya aku gunakan lure top water. Sayang sekali 2 jer miss sambaran tapi tak kasar. Pelbagai jenis lagi lure selaman aku gunakan nampun tiada sambutan.
Last2 aku tengok boiling sepat banyak & kebiasaan kat sini kalau ada sepat adalah si puyu. So, lure aku tukar guna micro sp untuk target puyu. Beberap kali cast jugak sampailah ke pinggir parit kecik tempat air jatuh tu, satu sambaran manja melarikan lure aku.
Aku hook-up, terus dipecut laju. Sah bukan puyu nie. Takpe, layan2 dulu sampai beliau kelihatan akhirnya. Huh, snakehead comel yang sangkut. Yes, janji ada nyettttttt....
Mencakup gak sp micro nie. Jadilah buat layan ilang gigil... Lepas port nie aku cuba belah parit satu lagi (parit yang sama, hujung berlainan), namun tiada sambutan.
Pastu aku teruskan misi ke Tasik Desa Ilmu mencari fight tarpon, namun kumpau jugak. Baliklah jawapnya... Hanya seekor snakehead ini sahaja untuk hari ini.
Aku gunakan lure belah kiri putih tu - Brudu (2.6cm). Yang oren belah kanan tu Geli-Geli.
No comments:
Post a Comment