"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

16 September 2020

Jenahak @ Golden Snapper #1/2020

 

Tarikh  : 13.09.2020 (Ahad)
Masa   : 6.15am - 4.45pm
Lokasi: Riveria (Kuching-Kota Samarahan Expressway)

 

Huh, sebelum alarm berbunyi aku dah bangun. Otomatik pulak walaupun masih terasa mengantuk. Dalam keadaan mamai, baru nak terpikir port cast pagi nie. Hrmmm... Aku kemas2 seadanya & terus terjah ke Riveria dulu sebelum menuju ke Tambak Bako & Tambak Pending.

Sampai jer kat sini hari nampak suam2 jer. Tak panas tak hujan. Tapi sedikit mendunglah... Apapun, berdasar pemerhatian aku, sedikit kemeriahan boiling tarpon & bandang kelihatan. Tanpa membuang masa, aku warm-up dengan lure top water cam biasa terlebih dahulu.



Suasana yang mendamaikan.

 


Kebanyakannya balingan lure tak sampai ke sasaran sebab jauh di sana boiling2nya.

 


Bila lure top water tak ada sambutan, aku guna lure sinking pulak. Tahun nie memang aku lebih suka menggunakan lure sinking. Banyak stok lure yang aku oder dari shopee jenis sinking, cun dengan permainan ultralight sebab lure tu kecik2 belaka.

Entah kali ke berapa aku baling lure sekitar boiling tarpon & bandang. Aku steady retrived & satu sambaran kasar mengejutkan aku. Aku hooked-up rod dengan pantas tapi seperti rabut. Aku karau laju & ternyata pemangsa masa ada sangkut kat situ.

Bermulah aksi tarik menarik yang mendebarkan. Mutah tali aku keluar dipecut beliau. Pada mulanya aku sangkakan tarpon, tapi tiada tanda2 lompatan. Bandang kasar agaknya? Fikir ku lagi... Bila agak lama fight rusing jugak aku tiada aksi lompatan. Apapun, aku terus layan sehingga beliau kepenatan.

 


Baru jelas kelihatan, Jenahak beb! Masyaallah.... langsung aku tak sangka! Terus aku capai tangguk & perlahan2 aku "pandu lalu" beliau menuju kejayaan. Alhamdulillah... Setelah asyik kumpau kat sini, tertulis jugak rezeki aku pagi ini.

 


Huh, saiz yang padu. Patutlah jantung aku berdegup kencang melihat tali keluar dari reel kecik saiz 500 yang aku gunakan. Yang buat aku risau pecutan menuju ke tunggul kayu & sedikit kawasan berbatu dalam tu yang boleh memutuskan tali. Itulah, kalau dah rezeki dariNya...

 


Species: Jenahak @ Golden Snapper (47cm)
Rod      : Seahawk_Flexis Lite, 2-6 lbs
Reel     : Shimano_Sahara 500FE
Line     : Special Line, 4 lbs
Leader: YGK_N-Walker, Fluoro 10 lbs
Lure    : Senses_Savior 50s

 


Fuh... seram jugak sangkut kat hujung bibir jer tu. Nasib tak koyak abis.

 


47cm. Anggaran aku dalam 1.5kg nie. Mana pulak aku simpan timbang dulu? Hilang ke apa tah! Kena beli balik nie... Bila dah tengah hari, aku rest dulu untuk lunch. Aku sambung misi kat Tambak Bako, tapi tiada berhasil. 

Sebelum pulang, aku singgah sekali lagi kat Riveria nie tapi port target dah ada beberapa orang membottom kat situ. Aku main kat hujung jer sekejap. Bila hari semakin mendung, aku putuskan untuk stop dahulu. Cukuplah dengan rezeki yang ada untuk hari nie.

 

 

 

 

 Lure(s) Of The Day

Sinking lure. Hook aku tukar guna single hook tapi tak ingat saiz. 6 rasanya...





No comments:

Post a Comment