"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

21 September 2020

Unlocked Licence Bandang @ Ladyfish #1/2020

 

Tarikh  : 19.09.2020 (Sabtu)
Masa   : 6.15am - 2.00pm
Lokasi: Riveria (Kuching-Kota Samarahan Expressway)

 

Pagi ini nampak cerah hari. Rutin cast biasa plan untuk hari ini - Riveria/ Tambak Pending/ Tambak Bako/ Tasik Desa Ilmu. Siap berkemas, terus ke Riveria. Sampai kat Riveria air agak besar melimpah dari sungai. Pasang besar rupanya.

Buka pintu belakang kereta, ambik rod. Cari lure, dem! Beg lure & equiptment lupa kat rumah. Pulakkkkkkk....! Buat ilang stim betul lah pagi nie. Mau tak mau terpaksa jugak aku start kereta & memecut balik ke rumah...

 

 

Pada mulanya aku cast kat tempat biasa dulu. Bila aku tengok boiling banyak kat sini, aku gunakan pelbagai lure. Namun tiada yang dapat sambutan. Ada kalanya boiling tarpon agak dekat dari tempat aku cast tapi memilih amat dengan lure.



Last2 aku try pakai clouser minnow. Pada boiling yang meriah, aku cast kat situ & ada sambaran tapi tak kena hook. Mungkin sinker yang kena sambar agaknya. Terus aku gunakan clouser minnow & buat long cast jauh ke tengah tu bila aku tengok boiling seperti bandang.

Bila semakin dekat aku karau, satu sambaran ganas meragut lure aku. Aku hooked-up dengan pantas tapi seperti rabut pulak. Aku terus jer karau. Nyata, beliau memfollow rupanya memang dah sangkut kat hook. Berlakulah aksi fight yang mendebarkan.

Fuh, pecutan yang lebih dasat kali ini. Kiri, kanan siap lompat lagi & jelas kelihatan rupanya Bandang! Masih lagi aku mampu bertahan dengan asakan demi asakan. Spool memang takyah cakap asyik menjerit beb! Tak berhenti beliau meronta & memecut.

Bila nampak seperti lemah, aku kawal karauan & cuba untuk tangguk tapi beliau memecut dengan lebih bertenaga! Ohmaigot... Susah nak handle situation sebelah tangan pegang rod & sebelah lagi pegang tangguk lebih2 kena spesis camgini.



Nasib baik ada sorang bro yang melihat aku fight memberi bantuan menangguk & akhirnya berjaya didaratkan. Alhamdulillah... Akhirnya tercapai jugak hasrat aku unlocked lesen Bandang dengan set ultra light walaupun foul hooked kat bawah dagu.



Kepuasan maksima dengan hasil yang kasar sebegini. Terbalas jua dendam dikeciwakan spesis ini dahulu di tempat ini jugak. Memang lain rasa pecutannya kalau nak dibandingkan dengan tarpon. Padu amat gais!



Species: Bandang @ Ladyfish (60cm)
Rod      : Kanicen Nix_Sailang, 2-6 lbs
Reel     : Shimano_Sahara 500FE
Line     : Special Line, 4 lbs
Leader: YGK_N-Walker, Fluoro 10 lbs
Lure    : Clouser Minnow (+ sinker)



Tercacap kemas kat bawah dagu tu. Hehehe... Patulah berkali-kali gak melompat lure tak tercabut. Kalau kat mulut tu memang 50-50 agakanya.



Kenalan baru, makseh bro Izzat yang membantu menangguk & jadi cameraman. Kebetulan dia pun turun nak memancing. Sempatlah kami berkenalan & chit-chat tentang hobi memancing nie.

Sampai pukul 10.15am camgitu cuaca tetiba berubah. Dari cerah terus hujan & semakin lebat. Aku terus berkemas untuk menukar lokasi ke Tambak Pending. Sampai di Tambak Pending hujan masih rintis2. Terus jer aku cast sampai tengahari namun tiada berhasil.

Aku rest dulu sebelum plan nak menyambung kat Tambak Bako pulak. Kat Tambak Bako memang tak sempat nak cast, hujan terus turun dengan lebat. Area Kuching nie walaupun jam baru pukul 1 lebih dah macam pukul 6.00 petang! Takde tanda2 hujan nak berhenti.

Aku plan last ke Tasik Desa Ilmu kiranya nak lari dari hujan. Sampai kat situ, pun cuaca semakin mendung. Aku perati riak2 air pun takde boiling. Angin pulak semakin kuat. Turun jugak hujan. Hrmmmm... nampak gayanya terpaksa awal tamat cast hari nie. Syukurlah dengan hasil 1/2 day cast hari ini. Boleh tidur lena gak malam nanti. Hehehe...





Lure(s) Of The Day

Clouser Minnow buatan aku sendiri.



Begini cara aku setup clouser minnow dengan sinker.





No comments:

Post a Comment