"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

24 November 2020

Ujian Lapan DIY Lure | Haruan @ Striped / Common Snakehead #10/2020

 

Tarikh  : 21.11.2020 (Sabtu)
Lokasi: Sekitar Samarahan

 

Perghhhhhh... punyalah lama kumpau! Lebih2 lagi sebulan dua nie (dan akan datang), hari sabtu & ahad aku bekerja - OT. So, selagi kerja belum siap, belum dapatlah nak cast cam normal (full swing).

So, aku kena turun awal sedikit sebelum turun kerja. Dapatlah sejam 2 cast bagi lepas gian itu pun kalau hari tak hujan. Maklumlah dah musim tengkujuh jugak sekarang nie. Balik kerja pun sama jugak, kalau hari ok, dapat lagilah sambung cast sekejap.

Untuk laporan blog kali ini aku nak review ujian lapang terhadap lure yang aku DIY, Can Tab @ Soda Can Tab lure yang aku pelajari dari youtube & sangat sesuai untuk ultralight game




Berbaki sedikit masa yang ada, aku memecut di sekitar semarahan mencari parit yang sedikit clear dan kurang berhalangan. Jumpalah parit nie yang untuk try test! Baru balingan pertama dah ada sambaran tapi miss pulak.



Balingan kali kedua kat kawasan yang sama terus disambar dengan tepat. Yes, cun saiz ultralight jugak yang dapat. Hehehe...



Species: Haruan @ Snakehead
Rod      : Kanicen Nix_Sailang, 2-6 lbs
Reel     : Shimano_Sahara 500FE
Line     : Special Line, 4 lbs
Leader: YGK_N-Walker, Fluoro 10 lbs
Lure    : Can Tab @ Soda Can Tab

 


Solid hook-up. Gedikan lure yang aku karau perlahan ini berjaya mengoda beliau.



Aku cast lagi & dari kawasan berair hijau, tetiba satu lagi sambaran manja membaham lure aku. Dapat lagi saiz yang kecik sikit dari yang pertama tadi. Yang nie aku layan2 dulu sambil ejas kamera untuk beberapa photo shot. Masa aku nak angkat beliau meronta & boleh pulak terlucut dari hook. Pulak! Mungkin hanya sedikit atau hook tu sangkut dekat sipi2 mulut beliau hingga menyebabkan beliau berjaya meloloskan diri.

Aku teruskan lagi sehingga ke hujung parit tersebut namun tiada lagi sambutan. Aku peratikan air yang kurang dalam dan kurang berhalangan lebih2 lagi belum cukup lama lepas digali menyebabkan saiz kasar tak ada kat situ. Aku teruskan kat tempat lain jugak, pun tiada sambutan. 
 
Namun aku berpuas hati setakat nie dengan prestasi lure nie walaupun belum dapat dieksploitasi sepenuhnya terhadap spesis2 lain. Dan ada sedikit penambahbaikan yang nak aku lakukan balik nanti. So, gais... setakat ini sahaja laporan pendek untuk blog aku kali ini.
 
 
 
 
 
 
 
 
 Lure(s) Of The Day
 
Hah, inilah dia close-up rupa sebenar lure DIY Can Tab @ Soda Can Tab tu. Masa aku test tu bentuk yang sebelah kiri tu (before) aku gunakan. Balik rumah aku modifikasi sikit dengan menambah sedikit bulu kat hook tu (after). Rasa macam nak tambah wire halus mulus untuk ikatkan kedua-dua split ring tu bagi tahan sikit. Mana tahu bonus strike saiz monster. Hahaha... Total weight range dalam 3g - 4g memang sesuai bagi aku untuk ultralight game nie.
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment