Seawal 5.30am aku dah bangun & bersiap bagai namun hujan yang turun tak jugak berhenti. Adoiyaiiii… hal camgini buat aku rasa semun (lemau) nak cast. Banyak plan port yang aku nak singgah terpaksa kensel lah jawapnya.
Jam 9.30am baru hujan berhenti. Apa lagi tanpa membuang masa terus aku memecut ke Tambak Pending dahulu. Lama jugak dah tak cast kat sini. Walaupun hari hujan namun aku lihat kaler air agak ok – kaler air tebu. Aku ingatkan karuh...
Beberapa port aku cuba namun tiada sambaran. Kemudian aku beralih ke tengah sedikit. Lama jugak aku kat sini sehingglah…
Satu sambaran padu memecut deras. Automatik aku hook-up rod, drag pulak terus menjerit. Tapi sayang hanya 3 saat sahaja mampu bertahan sebelum suspek berjaya meloloskan diri dan meninggalkan bite mark sebagai tanda kenang-kenangan... Arghhhhhhhhh!
Aku teruskan cast kat situ lama juga & bertukar-tukar tempat. Namun tiada lagi sebarang miskol. Aku plan ke Tambak Bako pulak. Masa nak sampai kat kereta, ada beberapa orang yang memancing bertentangan tempat dengan aku memanggil & memberitahu ada toman!
Pada mulanya aku malas sebab aku pakai set UL. Tapi dah lama sangat kumpau & kecewa seekor suspek lepas, aku gi jugak kat situ. Huh, diorang lagi dasat, pakai set udang jer aku tengok nak cast toman beb!.
Setelah memerhati boiling toman membawa anak, aku cuba cast namun tiada sambutan dari mama/ papa toman.
Aku kejar berkali-kali juga sampai kat depan nie. Masa tu beliau dah ke kiri lagi dari gambar. Aku baling lure & buat jerk kasar, barulah satu sambaran membaham lure top water yang aku gunakan.
Huh, akhirnya naik juga anak toman nie. Boleh tahan jugak pecutannya dilayan dengan set UL. Walaupun bukan sang mama/ papa, puas hati jugak dapat merasa fight hari nie.
Close-up dengan pandangan sepi. Memang beliau menyesal menyambar lure tadi. Hehehe...
Memandangkan keluarga sang toman tadi dah semakin jauh dari capaian cast, aku meneruskan plan ke Tambak Bako pulak. Sampai ke petang aku kat situ tanpa hasil. Hanya rabut sang tarpon jer yang sudi meneman.
Syukurlah dapat jugak merasa fight ini. Walaupun seekor, kecil atau besar, nikmat nie hanya pemancing jer yang paham.
Lure(s) Of The Day
No comments:
Post a Comment