"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

03 August 2020

Ikan Belukang @ Sagor Catfish #1/2020


Tarikh  : 02.08.2020 (Ahad)
Masa   : 6.45am - 4.00pm
Lokasi: Tambak Bako

 

Terbabas sedikit hari nie. Permulaan yang lewat. Sambil tu aku kena kejar masa memandangkan petang nanti mem ada program. Lokasi pertama aku try kat Riveria. Sejam lebih jugaklah namun tiada berhasil.

Selepas tu aku memecut ke Kuching kat beberapa lokasi, jugak tidak berhasil sehinggalah menjelang tengahari sebelum memecut balik ke samarahan, aku singgah kat Tambak Bako. Lama jugak aku tak main kat sini.




Time nie air dah start pasang balik. Masa aku lalu sebelum tu rupanya air awal surut. So, aku buat keputusan otw balik nanti jerlah aku singgah. Masih sempatlah nak cast time sampai.




Huh, cam laju jer air angkat pasang balik. Tak sempat nak try banyak spot. Ingatkan nak start dari hujung belah kanan dulu. Pastu tengah & akhir hujung belah kiri. Tapi bila tengok keadaan air, aku try kat tengah jerlah taknak buang masa.




Lokasi biasa aku cast sepanjang batu kat tepi kiri & kanan berkali-kali. Kemudian baru baling ke tengah. Memandangkan aku menggunakan set UL, dapatlah jugak lure kecik sampai sebarang tu. Aku retrived perlahan2 beserta jerk lembut. Kemudian sesuatu menarik lure aku dengan lemah gemalai.




Bukan seperti tarikan MJ atau Selunsong nie sebab tiada sebarang "keganasan" berlaku. Ketutukah? fikirku... Bila semakin dekat, kelibatnya masih belum kelihatan. Asyik dibawak ke bawah jer lure. Takpe, kita layan jer bagi beliau penat (part paling syok nie layan main sorong tarik). Kemudian baru kelihatan empunya angkara, wah Ikan Belukang rupanya!




Tak kusangka sama sekali rupanya Ikan Belukang nie membaham lure. Mungkin lapar sangat dah agaknya. Yes, unlocked "licence" baru. Tambah lagi list koleksi spesis. Hehehe...




Species: Ikan Belukang @ Sagor Catfish
Rod      : Team Seahawk_Explorer, 2-6 lbs
Reel     : Shimano_Sahara 500FE
Line     : Special Line, 4 lbs
Leader: YGK_N-Walker, Fluoro 10 lbs
Lure    : No Brand_Sinking Minnow, 50mm5g




Pertama kali aku dapat spesis nie dengan menggunakan lure. Rasanya memang rare jugak ikan nie mahu membaham lure. Apa pun, syukur merasa strike. Layan jugaklah dengan set UL nie.

Bila dah air pasang hampir penuh & meninggi, aku putuskan balik menujuk ke Tasik Desa Ilmu pulak mencari Tarpon. Sampai pukul 4.00pm aku kat situ, miskol pun takde. Cukuplah dulu. Walaupun strike seekor sahaja hari ini namun gumbiralah jugak tak kumpau. Hehehe.








Lure(s) Of The Day

Lure takde brand. Beli kat Shopee jer. Kalau diamati macam clone DUO Spearhead Ryuki jer aku tengok. Hrmmm... Aku tukar semua hook kepada single hook.






No comments:

Post a Comment