"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

12 April 2021

Bujuk @ Forest Snakehead @ Channa Lucius #1/2021 | Sebarau @ Hampala #3/2021

Tarikh  : 07.04.2021 (Rabu)
Lokasi: Port Dahan, Semadang-Jambusan

 

Fuhhhh... lama kumpau beb! Bukan takde cast terus, tapi faktor cuaca & hal2 lain menganggu jadual cast aku. Sedar tak sedar, dah nak masuk Ramadhan seminggu lebih lagi nie...

Memandangkan off season aku semakin dekat, hari nie aku apply cuti 1 hari. Just in case hujung minggu nie jugak ada masalah ke apa ke & sebagai ganti sebab minggu lepas cuaca bagus tapi aku lak tak dapat cast ~ gian & geram!

Target 1/2 day jer cast hari nie kat port biasa. Kiranya aku nak try port baru tapi memandangkan 1/2 day jer hari nie, aku KIV dahulu. Next time try...



Cuaca yang panas sepanjang minggu nie. Air kering sedikit & berarus perlahan. Tak terlalu jernih sangat. Beberapa kali cast kat kawasan yang gelap, belakang batu & kayu namun tiada sambaran.



Sehinggalah kelihatan kawasan tenang & gelap di seberang tempat aku cast. Cast pertama luar sedikit, tiada apa2 berlaku. Kemudian aku cast dalam hingga ke akar tu, terasa lure aku sangkut lak... 

Bila aku tarik lagi tetiba bergerak pulak. Aku ingatkan kayu kat dalam tu berjaya ditarik keluar, tapi rupa2nya fish on gais!  

Layan punya layan kelihatan dipermukaan kelibat empunya badan. Rupanya sang Bujuk. Yes, tamat badi kumpau berbulan lamanya. Hahaha...




Species: Bujuk @ Forest Snakehead @ Channa Lucius (1st catch)
Rod      : Custom 246C, 2-6 lbs
Reel     : Shimano_Calcutta Conquest 51
Line     : Dr.Braid, 10 lbs
Leader: YGK_N-Walker, Fluoro 10 lbs
Lure    : No Brand_Sinking Minnow (50mm,5g)



Huh, mesti beliau menyesal tu, camna beliau boleh tertipu... Nampak sangat rupa tak puas ati. Hahaha... adan uka!



Good size nie. Lama dah aku tak strike Bujuk. 2017 rasanya last aku dapat. Baru renew balik saiz sedap layan.



Aku teruskan cast... Ada jugak sebarau kelihatan tapi entah macam malas pulak dia nak attack lure. Kat sine kelihatan port Bujuk. Bila aku cuba kacau takde penghuni...



Semakin menghampiri tengahari, aku target last try main kat bawah jembatan tu lak.



Kalau air besar & deras payah gak cast kat sini. Bila tenang camgini, kelihatan kawasan ambush yang menarik. Pun begitu, tiada kelihatan sebarau kasar. Hanya saiz comel, imut, kawaii sahaja kelihatan...



Masa aku nak angkat lure dari kawasan nie, terus diterkam sesuatu dengan pantas. Rupanya ambush dari baby sebarau.



Species: Sebarau @ Hampala Barb (2nd catch)
Rod      : Custom 246C, 2-6 lbs
Reel     : Shimano_Calcutta Conquest 51
Line     : Dr.Braid, 10 lbs
Leader: YGK_N-Walker, Fluoro 10 lbs
Lure    : No Brand_Sinking Minnow (50mm,5g)



Hanya saiz nie sahaja yang sudi memberi layanan. Kecik2 pun memang garang betul. Inilah antara keseronokan cast spesis sebarau.

Bila dah tiada sambutan lagi, cukuplah dulu. Syukur dapat jugak aku melepas gian & menghilangkan gigil yang mencengkam. Harap last minggu nie diizinkan-Nya untuk menduga lagi sebelum off season... Kalau tak kumpau, adalah report nanti.







 Lure(s) Of The Day





No comments:

Post a Comment