"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

22 February 2021

Barbodes Banksi #1/2021

Tarikh  : 20.02.2021 (Sabtu) 
Lokasi: Red Bridge @ Taman Jubilee Mas , Sungai Cina, Matang

 

Masih lagi cuaca tidak menentu... di samping kekumpauan minggu lepas. Seawal jam 7.00am aku dah bertolak ke port Tapah, Siburan terlebih dahulu. Sempat cast 3 jam sebelum dilanda hujan lebat...

Aku putuskan untuk mencuba di port baru di Kuching pulak. Terletak di kawasan Matang & dikenali sebagai Taman Jubilee Masa @ Red Bridge. Orang lama panggil Sungei (sungai) Cina.

Tempat nie kawasan perkelahan awam sebenarnya. Taman permainan aku jugak masa bersekolah asrama di sini dahulu2... Adalah 2, 3 orang yang mandi-manda time aku sampai siap dengan pandangan "kehairanan" melihat aku cast kat sini... Agaknya tak pernah lagi orang pancing kat sini... Aku mulakan di tengah dahulu riki port sebelum menyambung downstream.

 

 

Tak semua tempat dalam camgini. Masih jugak kelihatan dasar. Kelibat spesis seluang & ikan kecil2 jer banyak mengejar lure aku.
 


 

 Berpotensi jer. Tapi hakikatnya tiada sebarau idaman kat dalam nie. Didominasi spesis kecik2.  Mana lak kawasan permainan spesis  kasar2?...

 


 

Sampai ke hujung2 tu aku terjah downstream. Gambar kat dalam lagi tu lupa lak aku snap. Cuma tak ada strike. Masih di kejar anak2 seluang & spesis macam sebarau kecik2 jer banyak. Kalau layan pakai umpan microfly + floating menarik jugak nie. Next time aku buat...
 



Setelah dilanda hujan secara tiba2, aku rehat dahulu bagi hujan berhenti. Nasib baik hujan tu tak lama. So, aku teruskan lagi upstream pulak. Nampak jembatan merah tu kan? Ha, tulah nama lain tempat nie ~ Red Bridge.
 



Tu jambatan tadi telah aku lalui naik ke hulu pulak.
 



Cantikkan? Maklumlah kawasan perkelahan. Cuma tak kelihatan sebarau @ spesis fresh water saiz ngam layan. Kat belah nie pun ada gak family berkelah.
 



Sehinggalah sampai kat sini, aku cast lure dari hujung kawasan berarus tu dibiarkan hanyut, retrived perlahan2 diselangi jerk lembut, terus disambar manja2 oleh penghuni dasar... Yes, fish on!
 


 
 
Akhirnya berjaya jugak. Saiz yang comel. Punyalah lama aku cast baru dapat seekor camgini. Nama lain ikan nie aku tak arif. Ada yang panggil tebal sisik. Mungkin berkazen?



Species: Barbodes Banksi
Rod      : Custom 246C, 2-6 lbs
Reel     : Shimano_Scorpion Mg1001
Line     : Dr.Braid, 10 lbs
Leader: YGK_N-Walker, Fluoro 10 lbs
Lure    : No Brand_Sinking Minnow (50mm,5g)



Besar sikit dari lure... Tak padan dengan badan, tamak jugak nak sambar lure besar.
 



Aku terus meranduk lagi sehinggalah sampai kat hujung nie. Bila aku tengok jam & awan mendung tu, aku stop dulu sampai sini. Kalau awal pagi tadi aku terus main kat sini memang masih mahu terjah lagi kat atas nun. 

Cukuplah dulu dengan hasil cinonet tu. Yang penting dapat turun cast, strike & menikmati ke indahan alam tu pun satu nikmat... Insyaallah, ada kesempatan lagi nanti aku sambung balik kat sini. Bye2 gais....





Lure(s) Of The Day

Masih lagi berhasil dengan lure bajet, kanan bawah sekali.





No comments:

Post a Comment