"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

09 February 2021

Sebarau @ Hampala #2/2021 - TEST DRIVE: Custom Rod 246C 2-6 lbs + DIY Landing Net @ Tanggok

Tarikh  : 06.02.2021 (Sabtu)
Lokasi: Port Dahan, Semadang-Jambusan

 

2 minggu lebih dah aku tak cast gara2 faktor cuaca yang tidak menentu ~ hujan lebat. Petang semalam pun hujan lebat jugak. Tetiba pepagi nie hari cerah sedikit. Terus aku kemas2. Ngam2 nak turun, tetiba hari berubah gelap & hujan mula rintis2. Pulak!!! Arghhh... Tak kira, aku gamble jugak! Batin ku menjerit beb! Harap2 kat port nanti air tak deras & tak pasang tinggi.

Masa otw nak sampai port, ada sedikit sinar harapan ~ hari cerah sedikit. Sebaik sahaja sampai kat port, aku lihat air sedikit tinggi dari biasa & sedikit deras. Nak kata keroh sangat tu taklah, tapi cam sedikit hijau/coklet putih sedikit. Cantikkkk... cast jerlah dah alang2 sampai...

 

 

Macam biasa, aku ulang-alik kat port dekat2 jer. Lokasi yang berpotensi & tak jauh sangat dari tempat aku park kereta.



Hari yang cerah tadi kembali hujan renyai2. Mujurlah air tak berapa deras. Beberapa kali dah lontaran lure masih belum berbalas oleh penghuni dasar.


 

Hinggalah aku lempar lure dihujung daun pokok buluh yang tumbang tu. Sampai di tengah terus disambar sesuatu... Fish on beb! Walaupun tak terasa kasar aku terus layan jer pecutan beliau dah akhirnya berjaya didaratkan...

  

 

Species: Sebarau @ Hampala Barb
Rod      : Custom 246C, 2-6 lbs
Reel     : Shimano_Calcutta Conquest 51
Line     : Dr.Braid, 10 lbs
Leader: YGK_N-Walker, Fluoro 10 lbs
Lure    : No Brand_Sinking Minnow (50mm,5g)

 


  Saiz baby jer yang sudi. Tapi pecutannya meliar jugak & nikmat dilayan dengan set ul/finesse. Memang cocok amat game nya!

 

 

 

Jadilah dengan seekor hasil ini jer hasil walaupun dari jam 9.30am hingga 3.30pm aku ulang-alik main kat sini... Bukan tak ada sebarau lain, hanya mereka suka kejar2 sekejap lure. Yang penting misi solo aku kali ini bertujuan untuk menghanyir kan rod custom & landing net @ tanggok berhasil. Hehehe...





 Lure(s) Of The Day

Lure bajet hensem bawah sekali belah kanan masih lagi menjadi kegemaraan spesis kat sini.




Review: Rod Custom 246C, 2-6 lb

Rod stream custom terbaru aku... Berukuran 4'6", 2 pcs dengan poundage ultralight, 2-6lb. Asalnya rod udang jer beb! Hahaha... Nak save sikit bajet, so pandai2lah ikhtiar.

Lenturan blank rod yang lembut senang nak buat flip cast! Just banyak jugak backlash sebab aku belom biasa dengan setup lembut amat dari biasa camgini. Kena banyak training lagi pasnie. Apa2 pun, memang sedap pakai!




Hah, nielah dia rupa asal rod tu. Rod udang murahan jer. Tapi blank rod tu yang penting & aku perlukan... Aku beli 2 batang, 1 custom untuk bc & 1 lagi untuk spinning.



Untuk reel seat & part2 lain aku beli kat shopee jer. Cuma yang bc nie kurang cork untuk bahagian tutup hujung pangkal rod macam spinning tu. Sepatutnya diorang buat sekali baru cantik.



Ring guide aku pilih brand Sea Guide. Mahal sikit dari ring cikai biasa tapi murah sikit dari brand Fuji.

 

 


Jauh aku hantar nie, ke Miri nun semata2 mintak kawan aku yang buatkan & inilah hasilnya. Bolehlah untuk caster level paritan cam aku nie...




Test pairkan dengan baitcast & spinning reel, perghhhhh...suci dalam debu jer.



And bonus review, landing net @ tanggok DIY aku sendiri. Aku belajar dari youtube jer. Frame tu dari aluminium, handle kayu & netting jenis rubber.




Aku buat kecik jer. Lebih kurang saiz A4 paper untuk tinggi & lebar frame. Baru cun sikit untuk saiz ikan. Bolehlah melaram ala2 caster jepun & para fly fishing tu hehehe... Cuma sayang, lubang getah belah bawah tu ada besar sikit. 

Ikan 2 jari & ke bawah memang boleh meloloskan diri. Aku tak jumpa jenis rubber net lubang kecik murah kat shopee. Next time aku survey lagi kalau jumpa jenis kain atau nylon pun boleh jer.






No comments:

Post a Comment