"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

25 January 2021

Sebarau @ Hampala #1/2021

Tarikh  : 23.01.2021 (Sabtu)
Lokasi: Port Dahan, Semadang-Jambusan

 

Plan aku minggu ini masih lagi dalam sesi pembelajaran stream. Sedikit lewat aku turun disebabkan tunggu si budak adek yang meminta aku menghantarnya ke rumah pengasuh pagi nie. Kena tunggu beliau bangun tido dulu. Hrmmm...

Setelah semua selesai baru aku dapat turun. Sampai kat port jam 10.00 pagi. Macam minggu sebelumnya, aku cast dekat2 jer hari ini dengan berulang-alik kat lokasi yang sama.

Belum lama aku cast, balingan ke gigi air di seberang disambar lembut. Terus terasa dipecut, yeah fish on... Masalahnya ada pokok buluh yang tergantung dekat tempat aku cast tersebut. Aku cuba alihkan rod melalui buluh tersebut & dengan pantas ikan tersebut memecut ke kawasan berkayu pulak & sangkut sekejap. Bila dapat ditarik keluar, hrmmm...tinggal lure jer. Arghhhhh!!!



Kemudian tiada lagi sambaran. Hanya nampak kelibat Sebarau mengejar lure sekejap. Lama jugak aku cast & ulang-alik kat tempat sama. Sambil2 tu rehat jugak. Oh BTW, aku cast solo. So, bila aku pandang kat atas pokok2 tu boleh pulak aku terimejin Predator memerhati. Hahahaha... Tu yang buat aku malas nak terjah jauh2 bila cast solo camgini.



Sehingga jam 3.15 petang beb, tiada lagi sambaran. Dah terasa kumpau dah. So aku putuskan untuk balik sahaja. Semasa otw balik tu sambil2 jalan aku cast lagi sepanjang tebing. Hingga kat corner kanan tu aku retrived lure sambil jerk pelan2, terus disambar. Kali ini aku tak bagi peluang, aku kawal habisan... Kelibat Sebarau kelihatan. Aku amik tangguk terus kaut dengan jayanya. Yes, alhamdulillah, tak jadi kumpau!



Species: Sebarau @ Hampala Barb
Rod      : Lurestar (494C), Light
Reel     : Shimano_Calcutta Conquest 51
Line     : Dr.Braid, 10 lbs
Leader: YGK_N-Walker, Fluoro 10 lbs
Lure    : No Brand_Sinking Minnow (50mm,5g)
 
 
 
 
 
Punyalah lama tunggu nak strike seekor nie. 5 jam gais!

 
 
 
Yes, unlocked licence Sebarau 1 belang pulak kali ini. Tinggal Sebarau 2 belang lagi nak mencukupkan koleksi aku. Hehehe...
 
 
 
 
Puas hati walaupun dengan tangkapan seekor nie. Kira last cast yang tak disangka2. Nampak cam besar air kan? Taklah, standard paras air kat situ. Sengaja aku bergambar sama level dengan air jer tu. Kalau minggu lepas barulah tinggi sampai melimpah kat tebing disebabkan banjir besar.

 
 
 
 
 
 
 Lure(s) Of The Day
Masih lagi lure bajet camgini dapat sambutan. Kali ini lure bawah sekali belah kanan yang berhasil. Spinner & spoon yang aku gunakan dalam trip ini jugak tidak berhasil.
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment