Minggu lepas aku turun bersama kawan aku & aku kumpau untuk perasmian 2021. Hanya kawan aku yang strike seekor sebarau last minute. Kali ini memandangkan kawan yang lain sibuk dengan komitmen masing2, so aku turun solo gais...
Itu pun dah nak tengah hari disebabkan menghadiri penggilan (kenduri) sebelah pagi. Malam nanti ada majlis BBQ pulak, so agak terhad aktiviti aku hari ini.
Azam aku tahun nie nak banyakkan layan stream / jeram disebabkan pengaruh caster jepun yang layan trout rilek2 jer aku tengok dalam youtube. Aku study dari diorang & dari situ aku terpengaruh ke dunia gelap stream nie. Di penghujung blog nie nanti aku akan review rod stream ke-2 aku. Hehehe...!
Masih lagi keruh seperti minggu lepas. Pun begitu, aku cast secepat yang boleh kerana aku target nak cast lama sikit kat port lubuk yang berpotensi.
Entah kali ke berapa dah lure ku hantar ke seberang tu, kelihatan satu susuk mengekori & cuba menyambar lure aku. Aku perlahankan jerk yang aku buat...
...dan akhirnya sambaran pantas beliau mengena jugak. Layan fish on beb! Antara samar2 dalam air yang keruh aku ingatkan sebarau, tapi tak seganas fightnya. Hanya kelincahan nya seakan2 sama. Bila semakin dekat barulah jelas, Ikan Lampam @ Tengadak rupanya.
Yes, unlock new species. Perasmian 2021 yang manis dengan spesis baru aku perolehi. Hoh, paham dah aku camna feel ikan nie fight. Manja2 gitu!
Good size... Hanya seekor ini yang aku perolehi. Walaupun aku dah cast sehingga port lubuk yang aku cakap mula2 tadi & lama jugak kat sana, hanya rabut sekali. Pastu aku return kat sini balik, tiada lagi sambaran.
Sehingga jam 4.00 pm, aku putuskan untuk stop setakat ini. Syukurlah walaupun seekor, merasa jugak strike pembukaan 2021.
Lure(s) Of The Day
Lure bajet hensem klon DUO yang dibeli kat Shopee (hook aku tukar ke single hook & tukar sekali split ring). Lure atas sekali belah kanan yang berhasil kali ini. Trip ini jugak banyak lure aku yang terkorban. Dalam 5 bijik!!! Haishhh...Sib baik lure murah.
Review: Rod LURESTAR (494C), Light
Rod yang dibeli melalui Aliexpress.com. Design yang ensem, ringan & merupakan travel rod (4 pcs) memudahkan untuk dimasuk ke dalam beg.
Spec rod hanya dinyatakan Light (melalui web page). Merupakan fast action rod. Dari kesedapan kalau dibanding dengan rod Lemoren Moying, lagi sedap kelenturan Lemoren bagi akulah... Hujung tip sama seperti Lemoren, halus seram!
Pun begitu aku kena praktis banyak kali lagi dengan rod nie sehingga rasa sebati. Keseluruhan tidak mengecewakan, best & sedap!
4 pcs travel rod. Aku beli 2 set, 1 untuk spinning & 1 lagi untuk baitcast. Hehehe... Dah macam wajib aku beli berpasangan begini.
No comments:
Post a Comment