"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

15 November 2021

Sebarau @ Hampala #4/2021

Tarikh  : 14.11.2021 (Ahad)
Lokasi: Port X (Rahsia...)


Assalamualaikum & salam sejahtera gais! Rindu kat korang (awwww... so sweet!). Maaf beribu-ribu lemond sebab lama sangat tak update. Lebih kurang 5 bulan gitu. Bukan apa gais, lepas off season hari tu, bila berkobar2 nak start balik tetiba negara kita dilanda lagi sekali tahap PKP yang mencemaskan. 

Bila dah nak stabil sikit, aku pulak eksiden. Makin bertambah panjang cuti. Ilang mood stream aku. So, aku kena layan balik youtube streamer Jepun kegemaran aku nak amik balik feel... 2 minggu lepas aku dah start sebenarnya, tapi kumpau!

Ok, hari nie aku nak bawak korang ke port rahsia. So sorry sebab tak boleh nak bagi tahu atas sebab "amanah" yang pelu dijaga. Aku hanya menumpang kaseh mengharap sayang jugak... (cehwah!). Nanti kalau ada rezeki akan aku kongsi port yang aku sendiri jumpa & terjah. For now baru sekali main kat situ & kumpau...



With Apis (partner in crime) yang membawa aku ke port nie. Beliau dah lam gak tak pergi. Bertahun gitu... Ingat2 lupa beliau & sesat gak cari jalan (padahal senang sebenarnya).



Masa sampai aku cast sekitar aliran air yang cetek tapi deras di sebalik dahan yang tenggelam tu. Tak sampai 5 minit terus lure aku diragut pantas!



Alhamdulillah, strike seekor saiz baby setelah 2 minggu kumpau. Punyalah rasa excited kali ini lain macam! Hehehe... Ilang giggil beb!



Species: Sebarau @ Hampala Barb
Rod      : Custom 246C, 2-6 lbs
Reel     : Shimano_Calcutta Conquest 51
Line     : Dr.Braid, 10 lbs
Leader: YGK_N-Walker, Fluoro 10 lbs 
Lure    : No Brand_Sinking Minnow (50mm,5g)

 

 

Saiz baby tapi pangkat sarjen (3 stripes)... & baru aku sedar rupa2nya aku terlupa nak ON action cam masa turun tu! What the fish!!! Arghhhhh... punyalah lama aku berlatih & setting nak guna action cam nie. 

Last2 moment strike tiada rekod! Frust weiii... Tertangguh lagi nak jadi youtuber. Nanti kalau ada rezeki korang support channel youtube aku ye gais, ok. Bersemangat sikit aku nak berkarya nanti.

Beberapa spot ditry, hanya rabut & miskol saiz juvenile jer. Pastu takde lagi strike. Apis pulak kumpau kali ini. Belum ada rezeki. So, sebelum penutup korang layan sekeping 2 lagi gambar nak bagi korang feel layan stream nie.



Photo Credit: Apis 

Subahannallah... ketenangan & keindahan alam yang tak terucap. Inilah antara kebaikan "hobi" yang 1 nie. Ilang stress!

 

 

Photo Credit: Apis 

Meranduk. Mandi. Picnic. Santai2. Semua boleh. Hahaha... 
 
Alright, tu jer tambahan buat santapan mata korang. MayB ada yang tahu port nie. Just bagi aku kalau orang dah bagi amanah untuk merahsiakan, aku rahsiakan. Hormatilah keputusan/ asabab mereka berbuat demikian. 
 
Syukurlah diorang sudi bawak ko gi port diorang. Bukan senang nak cari port tapi amat senang nak menghancur port...

Jumpa lagi di masa2 akan datang & terima kasih kerana sudi meluang sedikit masa berharga korang membaca blog yang tak seberapa ini.





Lure(s) Of The Day








No comments:

Post a Comment