"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

30 September 2019

Ikan Bulan @ Tarpon #03-04/2019




Tarikh  : 29/09/2019 (Ahad)
Lokasi : Belungei, Lundu
Masa   : 5.30am - 11.30am



Ampun beribu-ribu ampun di atas kelewatan yang amat sangat aku update blog semenjak Hari Raya lepas. Bukan apa gais, keBZian yang melanda hingga hujung minggu yang sepatutnya untuk melayan hobi aku yang satu nie terpaksa aku korbankan.

Sebenarnya semenjak 2 minggu lepas aku dah start balik casting nie. Tapi apakan daya, kumpau memanjang. So, cam biasa, no storylah nak report doh. Stress wooo... lupa dah aku camna rasa strike. Hrmmmm...

Plan aku minggu nie nak cari MJ. Lama dah tak merasa strike karen beliau & kalau da rezeki tu nak masak buat kari @ masak stim. Maka memecutlah aku ke Belungei, Lundu (lone ranger cam biasa) seawal 5.30am aku dah gerak...





Mak aiiii... Jauh benar surut?! Sedangkan aku sampai jam 7.30am... Jadual pasang surut zon Kuching dalam 11.30am gitu low tide, so estimate cam biasa dalam 2 jam awal aku dah sampai. Tapi nampak gaya kena 3 jam awal lepas nie.

Time nie aku belum boleh cast lagi sebab hari hujan lebat tu. 1 hal lagi bunyi kilat. Setakat hujan tu boleh jer aku terjah. Tang kilat tu seram amat nak jenjalan kat kawasan lapang gitu. Terpaksalah tunggu reda sikit.





Bila dah reda sikit, terus aku gi kat port pertama nie. Alamak, hampir kering. Terus aku pakai lure top water jenis walk-the-dog. Ada lah sambaran kecik2 jer tapi tak sangkut

Lepas tu aku tukar pakai lure jenis soft plastic kaler terang memandangkan air keruhSambaran berjaya tapi rabut dengan aksi akrobatik di penghujungnya. Sah Tarpon rupanya. Aku teruskan lagi & lagi sekitar tengah2 batu tu...





Satu sambaran pantas melarikan lure aku. Yes, aksi melayan pun bermula & akhirnya berjaya menaikan seekor Tarpon saiz sedap layan. Perghhhhh... lama dah tak merasa strike. Manis rupa rasanya! Hahahaha...




Species  : Ikan Bulan @ Tarpon (1st catch)
Rod       : Storm_Mojo, 6-12 lbs
Reel      : Shimano_Calcutta Conquest 51
Line      : Tri-Poseidon, 10 lbs
Leader : Bossna_DFC Leader, 20 lbs
Lure     : Damiki_I Grub




Macam biasa aksi lompatan akrobatik atas pasir berjaya membebaskan lure yang tak berapa nak solid hook-up sangat, namun itu semua sudah terlambat. Kalau kat gigi air tu mungkin masih ada "can" nak lepas kot...




Bila dah lama tiada sambutan di port tadi aku tukar pulak kat sini. Nampak anak2 bilis dalam panik mode menandakan ada pemangsa mengejar. Lantas terus aku cast dari seberang tu. Lure diretrived stedy & satu sambaran laju...

Namun sekali lagi berlaku aksi akrobatik yang mebye2kan lure aku. Fuh, itulah kepayahan cast sang Tarpon nie. Namun pada masa yang sama aksi itu jugak yang sering mendebarkan bila bertarung...




Pastu aku teruskan blind cast, ke seberang, tepi & ke tengah. Gedikkan renangan lure Damiki I Grub akhirnya berhasil mengoda sang Tarpon. Yes, sambaran yang agak kasar sedikit dari pemangsa akhirnya berjaya didaratkan!




Species  : Ikan Bulan @ Tarpon (2nd catch)
Rod       : Storm_Mojo, 6-12 lbs
Reel      : Shimano_Calcutta Conquest 51
Line      : Tri-Poseidon, 10 lbs
Leader : Bossna_DFC Leader, 20 lbs
Lure     : Damiki_I Grub




Kali ini solid hook-up kat mulut bawah. Beberapa kali buat akrobatik namun lure masih lekat mencakup. Satu kelebihan kalau hook menebus dari dalam pada rahang bawah. Biasanya susah beliau nak nak membebaskan hook tu




Setia hingga ke akhir hayat. Hahahaha... Jadilah dapat 2 ekor pengubat kumpau & ambik feel strike semula. Nampak gayanya tiada kelibat MJ kali ini. Air Tarpon. Aku terpaksa stop awal sebab hari mula hujan lebat semula.

Kalau diekotkan aku nak tunggu sampai air pasang balik, tapi tak berbaloi dengan cuaca sekarang nie. Kesejukan amat aku beb! Tak taulah pulak cuaca buruk. Dahlah tak bawak pakaian spare. Mistake!







LURE(S) OF THE DAY

1st time aku mencuba soft plastic dari jenama Damiki nie. Dari segi renangan memang gedik sangat & sesuai dengan saiz 2 inci - love it this size! Kaler camgini atau oren must have untuk digunakan time air kaler keruh.

Overall memang memuaskan & aksi paddle tail tu menghasilkan vibrate kecil yang mampu mengoda pemangsa berhampiran. Cuma hentaman pada pemangsa yang bergigi aku belum boleh nak ulas camna ketahanannya & untuk beberapa kali boleh digunakan. Insyaallah, next time kita tengok.










No comments:

Post a Comment