"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

06 May 2019

Ikan Bulan @ Tarpon #02/2019


Tarikh  : 01/05/2019 (Selasa)
Lokasi : Riveria, Kuching - Samarahan Expressway
Masa   : 6.30am - 12.45pm



Cuti Hari Pekerja. Tak merancang sangat aku plan hari nie. Aku target cast di Riveria pastu balik dari Riveria layan floating, nak cari ikan Sepat buat member akuLewat sikit aku bergerak hari ini.

Walapun alarm dah berbunyi, tutup & golek2 lagi atas katil. Sedap sangat tido. Hahaha...Sampai di Riveria senyap jer suasana. Level air pun cetek & berkurangan. Bermulalah aku cast tanpa henti & tanpa hasil...

 





...sehinggalah aku cast sekitar nie. Kali ini aku menggunakan jig 7g. Setelah beberapa kali cast, tetiba drag aku menjerit kuat. Satu pecutan yang tak pernah aku rasai sebelum ini. Hati aku berdegup kencang menahan pecutan bak kereta F1...

Mata aku asyik tertumpu kat spool yang semakin kurang tali ditarik keluar. Kemudian barulah pemangsa bertenang berenang sambil aku mengikut ke mana dia membawa. Bila dah hampir dilandingkan, tetiba 1 aksi akrobatik separuh badan terus membuang lure aku... Dem!

Rupanya ikan Bandang! Punyalah besar & kasar saiz, easy 2-3kg tu beb! Arghhhhhhhhh... hampir2 aku dapat trophy idaman dengan set UL tadi... Pastu aku berpatah balik kat kat tempat fish on tadi cast lagi...





Terasa disambar sesuatu namun terlepas. Aku ulang lagi & kali ini fish on. Tiada pecutan F1, namun sekali-sekala mengeluarkan turbo... Bila dah semakin dekat, nampak kelibat sang Tarpon rupanya.  

Terus beliau membuat aksi akrobatik, namun tidak berjaya meloloskan diri. Yes, akhirnya strike saiz kasar pengubat rabut monster...





Species  : Ikan Bulan @ Tarpon 
Rod       : Team Seahawk_Explorer, 2-6 lbs
Reel      : Shimano_Sahara 500FE
Line      : Special Line, 4 lbs
Leader : Tomman_Tali Hantu, 15 lbs
Lure     : Viper_Spike Jig, 7g






Solid hook-up sangkut kat atas mulut dari dalam.





Huh, saiz cantik & kasar. Ini sahaja hasil yang diperolehi sebelum tiba2 cuaca berubah cepat dari panas bertukar mendung bersama awan nano yang membawa hujan lebat. Nak layan floating pun tak sempat jugakTambah parah aku pakai motosikal... Habis basah time sampai rumah.










LURE(S) OF THE DAY

Aku gunakan jig yang tengah tu. Assist hook lak aku letak kat bahagian ekor.



 
Oh, by the way laporan blog kali ini merupakan yang terakhir untuk SEASON 1 2019. Macam biasa, aku gantong semua set & aktiviti sepanjang bulan Ramadhan nie. Insyaallah, jumpa lagi dalam masa 1 bulan ++. Selamat Menjalankan Ibadah Puasa & Selamat Hari Raya Aidilfitri.






No comments:

Post a Comment