"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

29 April 2019

Ikan Siakap Merah @ Mangrove Jack (MJ) #01-02/2019



Tarikh  : 21/04/2019 (Ahad)
Lokasi : Belungei, Lundu
Masa   : 5.50am - 10.30am



Kebetulan opis aku buat Bengkel di Siar Beach Resort, Lundu pada hujung minggu (bermalam) tentu korang dah sedia maklum pek'el aku kalau ada peluang & ruang yang boleh ejas camgini. Hehehe...

Aku semak jadual program - bengkel bermula hari Sabtu tu jugak & hari Ahad cuma aktivit ringan yang "tak wajib". Cantikkkkkk... Sempat nie. Lagipun tempat nie bukan jauh sangat dari Belungei. So, apa lagi, bawak set lah jawapnya.

FYI, bengkel nie bengkel seksyen kewangan yang terakhir untuk aku. Ngapa? Sebab sekali lagi nama aku up untuk Job Rotation! What The Fish?!!! Baru 7 bulan aku dirotate ke seksyen akaun & mula nak stabil dalam job nie dah kena rotate balik

Hanya kerana seorang yang nak dirotate yang lain turut terkena tempiasnya. Part yang buat aku bengang, ramai lagi staf lain boleh pilih why me? Memang bahenol punya management! Sepatutnya korang yang kena rotate sebab perancangan yang asyik tak betul memanjang!

Ok, sorry terEmo sekejap. Done! Long story short... Next day nya sebelum jam 6.00am aku dah memecut menuju ke destinasi. Comrades ku di Lundu telah aku maklumkan. So, kalau diorang free nanti jumpalah di Belungei...





Sampai jer kat sini air baru nak surut. So, kena tunggu surut betul barulah boleh gi port tu... Sambil2 menunggu tu aku cast jer kat sini test popper. Alangkah terkejut aku bila popper yang aku gunakan hampir2 disambar oleh satu letupan manja2. 

Namun tidak difollow semula. Aku cast lagi, mis lagi. Berulang2 jugak tapi asyik mis jer. Rabun ke pemangsa dalam tu? Ke masih mamai2?





Aku perati jugak ada kelihatan ikan melompat2 melarikan diri dari di kejar sesuatu. Aku cast... & mis lagi. Masalahnya penghendap tu bila dah sekali mis dia tak nak kejar lagi popper aku.





Kat sini cuma di kejauhan kelihatan kes yang sama ikan melompat keluar melarikan diri. Just tak tercapai jangkauan cast aku.





Ah, bosan asyik mis jer, biar aku selfi kejap. Hahaha... Muka tengah menahan geram!





Bila dah surut (& masih lagi sebahagian tempat masih meninggi) baru aku dapat sampai kat port nie. Mulalah lah aku cast sekitar batu tu. 1st cast jer terus ada sambaran namun macam tadi jugak mis

Dari batu2 kecik tu tak nampak hingga nampak (laju jugak air surut kali nie) masih belum berhasil. Kemudian baru aku teringat nak pakai lure jenis pensel pulak. Terus aku tukar & cast lagi sekitar batu2 tu.
 
Belum jauh langkah "walk the dog" lure pensel yang aku gunakan, sesuatu menyambar cepat & kali ini tepat ke arah lure aku. Fish on...





Terasa dihujung rod tak terlalu kuat namun pecutan demi pecutan tu yang agak sedikit "keras" tatkala aku menggunakan set UL. Sambil2 tu aku cuba mengelak tali di bawa ke tempat yang berbatu

Setelah puas melayan, mula kelihatan kelibat MJ! Yes, akhirnya berjaya diberkas! Setelah 2 tahun aku kumpau MJ beb, rezeki aku hari nie....





Species  : Ikan Siakap Merah @ Mangrove Jack (MJ) (1st catch)
Rod       : Team Seahawk_Explorer, 2-6 lbs
Reel      : Shimano_Sahara 500FE
Line      : Special Line, 4 lbs
Leader : Tomman_Tali Hantu, 15 lbs
Lure     : Eupro K2_TP70TW






Gumbira tak terkata. Lure Popper & Pencil memang menjadi kat sini asal korang tahu spot permainannya.





Semakin cepat pulak air surut. Sekejap jer aku rasa kali ini. Pun begitu lure pencil tadi terus aku baling kat sekitar batu2 tadi. Sekali lagi di kala dasar pasir sekitar batu tu semakin kelihatan, satu sambaran kecil melarikan lure aku.

Yes, fish on lagi. Tak sehebat pertarungan pertama tadi, namun syok gak dilayan dengan set UL...





Species  : Ikan Siakap Merah @ Mangrove Jack (MJ) (2nd catch)
Rod       : Team Seahawk_Explorer, 2-6 lbs
Reel      : Shimano_Sahara 500FE
Line      : Special Line, 4 lbs
Leader : Tomman_Tali Hantu, 15 lbs
Lure     : Eupro K2_TP70TW






Lure Pencil tu beb. Dah caya kan? Aku cuma gantikan treble hook dengan single hook bagi memantapkan lagi "cengkaman".





Kemudian comrade aku datang sorang. Dia baru jer balik dari aktiviti hiking kat bukit sebelah tu. Siap standby set lagi dalam kereta. Setelah jam hampir pukul 10.30am, aku dah tak boleh cast sebab spinning aku mula bermasalah

Aku ingatkan nak service masa di sini tapi ada tools untuk bukak spinning tu terlupa. Frust sikit sebab terpaksa balik awal & port "kayu tumbang" tak sempat nak usha. Pun begitu, syukurlah dapat 2 ekor pengubat kumpau 2 tahun!








LURE(S) OF THE DAY

Aku gunakan kaler hijau tu. Sayangnya masa di minit2 terakhir cast, klip terbukak. Maka hanyut percoma (percuma) lure aku tu. Hoh sedeh...!







2 comments: