Hrmmmm… bukan2 bz memanjang aku kejar deadline
sehingga malas melampau betul nak update blog. So, kali ini ada bosan sikit
report blog. Aku nak rangkumkan semua cerita sekaligus (by date). Ringkas & kurang
sedikit penceritaan kali ini disebabkan banyak sangat gambar & ada gak info yang aku
terlupa...
Tarikh : 24/3/2019 (Ahad)
Lokasi : Culvert, Kota Samarahan
Cuti sekolah... Kali ini aku bawak anak aku sekali gi mancing sambil ajar diorang teknik float fishing. Port biasa, semakin tebal dah samai kat sini. |
Spesisi pertama & merupakan "lesen" terbaru yang aku dapat... |
Species : Ikan Tebal Sisik @ Spotted Barb
Rod : Sparrow_Special Edition, 2-8 lbs
Reel : Kewl_Eevee 800Line : Spider King, 8 lbs (Nylon Line) Hook : Fire Eagle_Akitakitsun, Size 3 Lure : Bread |
Close up. |
Kemudian si adik pulak dapat ikan Puyu pertama berliau. Bercampur takut2 time snap pic nie. Hahaha... |
Saiz layan... |
Setelah asyik rabut jer, baru si abang dapat hasilnya. Tapi bukan ikan, udang paya. Syukur ketiga2 kami tak kumpau. |
Cantik jugak kaler udang nie. Juga berjaya dipancing berumpankan roti. |
Tarikh : 30/3/2019 (Sabtu)
Lokasi : Culvert, Kota Samarahan
Simple setup untuk aku berlidung dari kepanasan... |
Dah nak ditutup habis dah permukaan tu. Tak boleh jadi nie, nak kena cari/buat sesuatu untuk menarik samai2 tu. |
Akhirnya setelah rabut, naik jugak ikan Sepat perasmi 'majlis'. |
Species : Ikan Sepat @ Gourami (1st Catch)
Rod : Kanicen Nix_Sailang, 2-6 lbs
Reel : Shimano_Sahara 500FELine : Special Line, 4 lbs Hook : Fire Eagle_Akitakitsun, Size 3 Lure : Bread |
Kebanyakan hasil kat sini saiz tapak tangan! |
Tangkapan seterusnya berjaya mendapatkan ikan Puyu. |
Species : Ikan Puyu @ Climbing Perch (2nd Catch)
Rod : Kanicen Nix_Sailang, 2-6 lbs
Reel : Shimano_Sahara 500FELine : Special Line, 4 lbs Hook : Fire Eagle_Akitakitsun, Size 3 Lure : Bread |
Tengok saiz dia, tapak tangan jugak. Syok layan ooo... |
Bila awan mendung semakin menghampiri membawa hujan lebat, cepat2 aku berkemas2 & memecut pulang. |
Tarikh : 31/3/2019 (Ahad)
Lokasi : Culvert, Kota Samarahan
Pagi ini aku menghadiri Seminar Jigging anjuran Rapala Asia Pasific bertempat di PUSTAKA, Kuching. Dulu aku melepas menghadiri seminar anjuran MGFA. Syukurlah, banyak ilmu yang aku pelajari kali ini. |
1/2 day seminar... |
Apa punya nota lah... Janji aku paham. Hahaha... |
Hadiah untuk cabutan bertuah - Tapi tak bertuah pulak hari nie. Miskol nombor cabutan! |
Contoh2 peralatan & setting yang digunakan. |
Rod model terbaru untuk light jigging. |
Sempat merakam gambar kenang2an bersama Mr. Fred Goh dari Rapala VMC Asia Pasific, selaku penceramah untuk seminar kali ini. |
Kalau terrer, cuba cari aku kat dalam gambar nie. Hehehe... |
Semakin hari semakin "sesak" dah port nie. Hari hujan pun tak berjaya mengclearkan samai2 tu. |
Setelah sabar menanti, rabut & miskol cam biasa, kali ini terasa sedikit berat & kasar meronta2 di hujung rod. Setelah berjaya dipujuk rupa2nya strike 'lesen' ikan keli. Yes... layan! |
Species : Ikan Keli @ Catfish
Rod : Kanicen Nix_Sailang, 2-6 lbs
Reel : Shimano_Sahara 500FELine : Special Line, 4 lbs Hook : Fire Eagle_Akitakitsun, Size 3 Lure : Bread |
Satu2nya hasil yang aku dapat setelah Puyu & Sepat gagal diperolehi. |
Tarikh : 7/4/2019 (Ahad)
Lokasi : Culvert, Kota Samarahan
Aku membawa peralatan untuk menarik samai2 tu. Ini gambar sebelum. |
Ini gambar selepas... Tak perlu nak tarik semua samai2 tu. Memadai sedikit2 jer asal ada ruang open camgitu. |
Tanpa menunggu lama, melihat aksi pecutan & "kekeruhan" air semasa memecut tu, aku dapat rasakan sekali lagi spesis keli yang menyambar. Layan & bawak ke tempat yang clear sikit, strike pembukaan! |
Species : Ikan Keli @ Catfish (1st catch)
Rod : Team Seahawk_Explorer, 2-6 lbs
Reel : Shimano_Sahara 500FELine : Special Line, 4 lbs Hook : Fire Eagle_Akitakitsun, Size 3 Lure : Bread |
Solid hook-up. Syok jugak layan keli nie. |
Sambaran manja2 pada mulanya & kemudian memecut laju melarikan umpan. Berjaya strike hasil yang kasar kali nin. |
Species : Ikan Puyu @ Climbing Perch (2nd catch)
Rod : Team Seahawk_Explorer, 2-6 lbs
Reel : Shimano_Sahara 500FELine : Special Line, 4 lbs Hook : Fire Eagle_Akitakitsun, Size 3 Lure : Bread |
Tengok dia punya saiz... Mau taknya sedap layan! |
Tarikh : 13/4/2019 (Sabtu)
Lokasi : Culvert, Kota Samarahan
Kali ini aku park kereta berdekatan culvert tu. Senang aku nak duduk kat belakang yang sedikit redup dari pancaran matahari sambil tunggu ikan menyambar. |
Cam biasa, aku bukak dulu sedikit ruang untuk memudahkan pancingan. |
Ada beberapa kali reaksi dari penghuni dasar namun berjaya mencuri umpan. Kemudian kali yang seterusnya, fish on laju memecut bersama pelampung & akhirnya naik si Puyu... |
Species : Ikan Puyu @ Climbing Perch (1st catch)
Rod : Team Seahawk_Explorer, 2-6 lbs
Reel : Shimano_Sahara 500FELine : Special Line, 4 lbs Hook : Fire Eagle_Akitakitsun, Size 3 Lure : Bread |
Nice size... beb! |
Lama jugak aku menunggu strike yang seterusnya. Akhirnya berjaya didaratkan spesis ikan Sepat pulak kali ini. |
Species : Ikan Sepat @ Gourami (2nd catch)
Rod : Team Seahawk_Explorer, 2-6 lbs
Reel : Shimano_Sahara 500FELine : Special Line, 4 lbs Hook : Fire Eagle_Akitakitsun, Size 3 Lure : Bread |
Solid hook-up. |
Saiz sedap layan wei... Cukuplah dulu dengan dua hasil ini. Kebanyakan masa aku memancing tak sampai 1/2 hari disebabkan tugas. So, inilah laporan blog yang aku gabung semenjak dari bulan Mac... |
No comments:
Post a Comment