"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

14 October 2019

Haruan @ Striped / Common Snakehead #5-6/2019


Tarikh  : 12/10/2019 (Sabtu)
Lokasi : Ladang Sawit, Empila, Kota Samarahan
Masa   : 7.00am - 1.30pm 

Macam manalah aku boleh lupa yang anak aku ada mengikuti lawatan sekolah hari ini. Maka rosaklah plan awal aku nak terjah Tasik Desa Ilmu seawal pagi terlebih dahulu… Aku kena hantar dia ke sekolah sebelum jam 7.00am.



  
Hrmmmm… Kira dah “lewat” aku sampai. Aku lebih suka cast kat sini time masih gelap2 sikit. Agak2 aku target 2 jam kat sini sebelum ke destinasi sebenar iaitu layan Snakehead Ladang Sawit Empila.




Tiada hasil di Tasik Desa Ilmu... Jam menunjukkan hampir pukul 9.00am, terus aku start motosikal menuju ke Empila. Tah apa punya nasib, tayar pulak bocor. Betul2 di hadapan bengkel motosikal. Sib baik! Parah kalau terjadi masa kat ladang wooo… 




Walaupun khabarnya hari kerap hujan, namun aku dapati kebanyakan kawasan “hot” masih kering. Cast kat beberapa tempat tiada berhasil. Aku cari beberapa tempat yang tak beberapa kering & terlihat kelibat anak2 Snakehead bermain…

Lemparan lure top water yang aku gunakan hanya dihalau manja oleh penjaga anak2 Snakehead. Bila situasi camgini, terus aku tukar pakai lure jenis sinking pulak. Aku gunakan jenis gurb. Balingan pertama terus disambar ganas, tapi sayang rabut.

Aku pujuk2 lagi namun tidak dikesan dalam radar. Aku biarkan situasi tenang terlebih dahulu sambil perati anak2nya tadi berkumpul kat mana… Bila nampak pelepah2 sawit cam baik punya tempat ambush, terus aku cast kat situ. 




Sambaran pantas & kali ini strike akhirnya. Yes, fish on babeh! Walaupun bukan saiz kasar, tetap melawan degil.




Species  : Snakehead @ Ikan haruan (1st Catch) 
Rod       : Storm_Mojo, 6-12 lbs
Reel      : Shimano_Calcutta Conquest 51
Line      : Tri-Poseidon PE x4, 10 lbs  
Leader : Bossna_DFC Leader, 20 lbs 
Lure     : Storm_Progrub

 


Huh, ini rupanya penjaga tu. Bukan saiz megatron, namun tetap memberi tentangan. Getaran pada ekor grub yang kuat mampu menarik perhatian pemangasa yang bersembunyi di dasar.

Pusing2 lagi kat tempat lain sambil blind cast namun masih belum berhasil. Jumpa lagi parit yang kebanyakannya kering. Terus operasi meronda hingga kelihatan air bertakung kehijauan ala2 karpet. Hanya sambaran kecil sahaja tapi terbabas.




Terus aku follow ke kawasan atas sikit yang kurang kehijauan. Cast dengan steady reatrived pun tiada sambutan. Sehinggalah aku menukar teknik, lure top water yang aku gunakan dengan mengaya teknik retrive & pause sebentar di sepanjang sisi tebing…




Tetiba dari tepi tu sesuatu meluru pantas dan membaham lure aku. Terus aku hook-up sedang2 kuat barulah strike akhirnya pemangasa yang ambush tadi. Wohooo… 



 
Species  : Snakehead @ Ikan haruan (2nd Catch) 
Rod       : Storm_Mojo, 6-12 lbs
Reel      : Shimano_Calcutta Conquest 51
Line      : Tri-Poseidon PE x4, 10 lbs
Leader : Bossna_DFC Leader, 20 lbs
Lure     : Mombok Frog




Semakin lusuh lure DIY aku si Mombok nie. Lure berkipas yang sesuai jika digayakan dengan retrived berterusan. Bila cara tu tak menjadi, gayakan pulak dengan teknik pause sekejap.




Rehat sebentar bila kepanasan melampau siap kelaparan lagi. Aku tak bawak bekal. Hanya air sahaja sebagai peneman. Nampak gayanya aku terpaksa stop awal. Memadai bagi aku dengan strike 2 ekor nie. 

Tunggu cuaca & level air baik, aku akan kembali semula memburu spesis Snakehead ini.





 


LURE(S) OF THE DAY

Lure lama nie. Kaler asal Dark blue. Bila lama dah bercampur dengan chartreuse green, terus jadi pink!

 
 

Lure DIY aku sendiri. Dari jenis yang sama tapi warna yang berbeza. Masih lagi berbakti.  





 

No comments:

Post a Comment