Tarikh : 31/08/2017
(Khamis)
Lokasi : Sekitar Samarahan
Masa : 4.30pm - 6.30pm
Yo, pekaba korang! Nice to blogging semula. Maaf atas segala kesulitan hingga menyebabkan aku lama dah tak update blog. Macam2 hal berlaku selepas hari raya ari tu...
Hari ini aku menunaikan janji aku buat si abang yang sering menaggih
untuk dibawak gi casting masa cuti sekolah. Lama gak aku tak bawak dia cast.
Dan hari ini jugak merupakan Hari Pertama si adek cast! Memandangkan masa
pendek jer, so aku bawak diorang cast dekat2…
|
Lokasi pilihan – kat parit belakang Summer Mall. |
|
Dulu2 nielah antara lokasi legend dangan hasil tahap kasar2. Sekarang
hrmmmmm… malas nak cakap.
|
|
Setelah agak lama sunyi tanpa sambaran, tetiba si abang menjerit, "Dapat Bah, dapat...". Tu dia... Dengan penuh bangga tunjuk kat adek. Pas dapat yang nie, dia malas pulak nak sambung cast. Ceh! |
|
Memandangkan set yang adek gunakan dah kira uzur (tu pun diwarisi dari set lama si abang), so aku bagi set abang untuk digunakan. Terus jer si abang tak nak bagi pinjam set dia. Apa lagi aku, terus guna kuasa VETO! Huh... Terdiam dia & merelakan adek pinjam dalam keterpaksaan... Nampak gaya kena beli satu set lagi buat si adek pulak. Hrmmmm... |
|
Masa adek mula2 cast tu dah berkali2 gak aku tangkap video (mana tahu kalau2 beliau strike), tapi dah entah berapa kali, tak jugak naik2. Malas dah aku nak ambik video... & time aku malas tu lah pulak dia strike kat lokasi belah nie! Arghhhhhhh... |
|
Setelah berhempas-pulas fight (aku biar jer dia fight sampai ikan tu surrender kat tepi tebing), akhirnya lesen cast pertama beliau. Muka puasati... |
|
1st lesen & renew lesen... |
|
Aku pulak yang kumpau! Bagi can lah kat diorang... Apa2pun, nielah priceless moments bagi aku. Aku takde moments camgini bersama bapak aku. Sekarang ini era aku. Aku terpksa belajar untuk mengajar. So, aku nak diorang ada kenangan ini untuk diingati. Ilmu yang tidak seberapa dari aku moga bermanfaat buat diorang jika mereka memilih "jalan yang sama". Walaupun ada "suara2 sumbang" & tak paham bahkan tak mahu paham hobi hanyir aku, well... aku nak bagitau kat korang nie; #SukatiKorangAkuPeduliApa #ThisIsMyEraAndThisIsMyFamily #ZamanKoUdahBerlaluIniZamanAku #MyStyleMyWay
Hahahaha... Emo pulak aku. Banyak betul pakai hashtag kali nie! Bersebab sebenarnya. Harap2 diorang tu membaca point aku kat sini! | |
LURE(S) OF THE DAY
|
Kedua beradik tu strike pakai lure nie. |
No comments:
Post a Comment