"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

11 September 2017

Salak Strike (Selunsong) + Snakehead Report


Hari Jumaat Mem wahatsapp aku cakap hujung minggu nie (Sabtu & Ahad) opis diorang OT. So, bye2lah my fishing time. Melepaslah aku nak membuktikan 1 teori berdasarkan time casting minggu lepas...

Hari Sabtu, beliau OT. Bila hari Ahad aku tengok rilek2 jer tak bersiap2 nak gi OT, musykil gak aku jap...

Aku  : Eh, sik (tak) OT kah?
Mem : Sik... malas...


Terus jer aku rasa cam...


 
Ngapalah tak bagi tahu awal2... Bolehlah aku gerak awal2 pagi cam biasa (walaupun kul 11am ada majils aqikah anak rakan seopis, dapat2 lah aku bajet2 cast dulu... Kena pulak time2 gine hujan lebat melanda tak tentu masa... Balik dari majlis tu terus aku kemas2 & pecut gi cast. Hasilnya kumpau + kebasahan + kesejukan dek hujan maha lebat! Hrmmm...



So, nie report blog untuk 2 minggu lepas. Adalah jugak guna buat updated blog...



Tarikh  : 03/09/2017 (Isnin)
Lokasi : Sekitar Salak & Kota Samarahan
Masa  : 6.30am - 6.30pm


Setelah kumpau pada trip komplot pembukaan bersama anak2 aku, kali ini aku solo cast mencari secebis rasa buat menggubat gigil 4 bulan tak cast. Jika ada rezeki, adalah lauk ikan bagi menggantikan lauk daging sepanjang cuti & Hari Raya Korban minggu lepas.

Bangun pepagi tu dah disambut hujan lebat! Adehhhh... Pun begitu, aku kemas2 & bertolak jam 6.30 pagi menuju ke Riveria... Hujan masih tidak berhenti, walaupun tahap rintis2 yang kuat, aku cast jugak. Hanya sekali miskol sahaja dalam keadaan aku tidak bersedia... Tiada tanda2 hujan nak berhenti. So, aku berpindah lokasi menuju ke Salak...


 

Di Salak pun hujan. Macam seluruh negeri Sarawak hujam time nie. Hari pun rasa macam suram jer... Terdapat jugak Tarpon bermain tetapi dah macam2 lure aku gunakan namun tiada sambutan. Sekali 2 jer respons, pastu dia buat2 tak kesah! Mungkin kah bila faktor hujan lebat, air menjadi sangat sejok hingga menyebabkan Tarpon & Selunsong menjadi malas? Inilah pemerhatian aku. Lepas berkali2 tukar spot, aku try kat sini pulak... Lure aku gunakan jenis popper. Setelah 3 4 kali aku ngepop, betul2 masa lure aku berhenti depan kayu melintang tu, terus aku dikejutkan dengan 1 letupan, strike!





Alhamdulillah... strike juga seekor. Kompom balik nie masak stim (kegemaran anak2 aku). Hilang jugak "vibrate" setelah berbulan2 tak cast.
 



Species : Selunsong @ Barramundi (1st Catch)
Rod       : Viper_Double Dragon, 8-17 lb
Reel      : Shimano_Scorpion MG 1001
Line      : Tri-Poseidon PE x4_15 lb
Leader : Poseidon_20 lb
Lure     : Storm_Gomoku Popper
Status  : Tapau buat lauk





Walaupun kira level "baby", dah kira akil baligh buat lauk nie...





Lama jugaklah aku main kat area Salak tu bertukar2 & berulang2 spot yang sama. Namun hanya seekor Selunsong tu jer yang naik. Memang takde sambutan langsung. So aku plan balik ke Samarahan jer lah layan Snakehead. Walau ribut taufan sekali pun hari, hanya Snakehead juga yang sudi melayan tetamu yang datang. Tapi sebelum tu aku singgah kat Petronas settle apa2 yang patut & mengisi perut (Ini adalah iklan tidak berbayar ditaja oleh Maggi)...





Sampai di spot sawah padi, ginelah rupanya setelah diclear jengkaut beberapa bulan lalu. Ada teratai & samai begini memang kesukaan aku.





Tahap heavy cover yang belum heavy sangat. Kali ini aku keluarkan lure SureCatch Tiny Frog, Apa Kau Rasa, Oren?... Cast pertama lalu sedikit kat kawasan teratai yang clear depan tu, bersahut tapi miss pulak! Hoh, ada beliau kat situ... Aku ulang beberapa kali & banyak main "pause" bagi menggoda Snakehead yang malu2 biawak kat bawah tu...





1 sambaran ganas menelan rakus katak aku, sepantas itu jugak aku sentap rod bila aku rasakan beliau terus memecut laju. Strike babeh!




Species : Haruan @ Common Snakehead (2nd Catch)
Rod       : Viper_Double Dragon, 8-17 lb
Reel      : Shimano_Scorpion MG 1001
Line      : Tri-Poseidon PE x4_15 lb
Leader : Poseidon_20 lb
Lure     : SureCatch_Tiny Frog
Status  : C&R





Memang rasa oren katak tu kan encik?...




Lama gak aku ronda2, ada kes rabut yang mengorbankan si oren tadi (sayang wooo... masih baru lagi lure tu), di mana time aku sentap, tali putus pulak. Agak2nya akibat begesel dengan rumput & lalang masa cast tu. Mistake tak cek tali... Kemudian sebelum balik, aku nampak 1 lagi spot yang jarang2 aku main.
Dah diclear jengkaut jugak. Rasanya tak sampai betis dalam air kalau dilihat. Tapi kalau dipijak, kompom tenggelam paras kangkang agaknya... Dari jauh kelihatan "rintis2 hujan" bergerak pelan2. Kompom adanya sang mama & papa kot?. Try cast beberapa kali, tak disambar, hanya dihalau jumpfrog aku. Bila dah berkali2 asyik sama jer cara, aku tukar lure pakai Berkely Power Grub pulak. Tak lama terus dibaham kejam, maka strike lah ia...





Marah betul beliau, namun redho jugak angkara Tipah Tertipu...




Species : Haruan @ Common Snakehead (3rd Catch)
Rod       : Viper_Double Dragon, 8-17 lb
Reel      : Shimano_Scorpion MG 1001
Line      : Tri-Poseidon PE x4_15 lb
Leader : Poseidon_20 lb
Lure     : Berkley_PowerBait Power Grub
Status  : C&R





Secret weapon bagi memujuk Snakehead yang degil dengan lure lain... Cukuplah dengan 3 hasil buat hari nie. Selunsong ditapau buat lauk, manakala Snakehead diC&R buat fight di masa akan datang. Belum mengidam lagi nak makan Snakehead. Bila tiba saat itu nanti, siaplah...






LURE(S) OF THE DAY


Killer Selunsong...





Si Oren!





Must have - secret weapon...









No comments:

Post a Comment