Tarikh : 07/10/2017
(Sabtu)
Lokasi : Sekitar Kota Samarahan
Masa : 6.00am - 5.00pm
Lama tak update? Apa lagi, sebab sumpahan kumpau berpanjanganlah... 3 minggu kumpau & minggu ke-4 aku tidak cast sebab kerja - outsatation. So, minggu nie masuk minggu ke-5 semenjak kumpau tempohari.
Pagi ini cam biasa aku ke Riveria. Hanya dicium manja jer lure aku. Lama gak aku kat situ. Memandangkan aku cast 1/2 day jer (sebab Mem nak pakai kereta), so menjelang tengah hari, aku pecut ke Samarahan jer main snakehead.
Masa tengah cast, mem message - dia tak jadi nak pakai kereta (pulak! - rosak lagi program asal nak pecut ke Belungei). Geram sangat aku hari nie, masa strike seekor saiz layan, time aku sentap tu, boleh pulak tali mainline putus (meletup)! Terkorban lagi untuk kali ke-2 lure kesayangan aku (SureCatch tiny frog). Dah 2 kali kes camgini berlaku. Kali ini memang sah sesah sah nya tali tu LANGSUNG TAK BAGUS! Bawah nanti aku review tali durjana tersebut. Siap kau!
*Tengah amarah amat nie!!!
Balik ke rumah aku rehat jap (melabor - dahlah sakit hati, sakit pulak perut), pastu aku tukar set. Kali ini aku keluarkan set Heavy Cover. Stat motosikal terus memecut ke Empila, untuk separuh masa ke-2!
|
Sampai kat Empila, banyak dah pokok sawit membesar. Parit pun semakin sempit ditumbuhi rumput lalang. Boleh dikatakan dah tak berjaga tempat tu. Pun begitu parit-parit yang besar masih ada gak penghuni. Beberapa kali rabut saiz yang comel2, semasa aku gunakan lure z-man. Kemudian aku tengok ada seekor frogy yang khas untuk aku menoman sebenarnya dalam tackle box. So aku hentam sajalah memandangkan tu jer frogy yang ada. Beberapa kali gak letupan rabut kat sini. Kali ini masa aku main perlahan, satu lagi sambaran & terus aku sentap sekuat hati sepenuh jiwa raga... |
|
Syukur, alhamdulillah... setelah lama sumpahan kumpau, strike juga seekor. |
|
Species : Haruan @ Common Snakehead
Rod : Eupro_Channa Killer, PE3
Reel : Ajiking_Boxster
Line : Yo-zuri_Hybrid, 25 lb (mono)
Lure : Seahawk_Pop Hollow Frogie
Status : Tapau @ Take Away buat sup...
|
|
Baru hanyir jugak lure aku nie. Hahaha... Dengan saiz 5.6cm & berat 12.5g, bagi aku sesuai jugak untuk permainan heavy. Kalau aku gunakan tali braided berbanding mono, mungkin dapat baling jauh lagi lure nie. |
|
Tak terasa dari pukul 2.30pm - 5.00pm. Memandangkan hari dah nak ribut, aku buat keputusan untuk balik jer. Biarpun kali ini hanya berhasil dengan seekor strike, I'll be back dengan stok lure kesayangan nanti. Tak puas sebenarnya datang jauh2 dapat cast 1/2 day jer. Kena 1 whole day jugak. |
ULASAN TEST DRIVE:
|
(Credit photo: Internet). Rod idaman buat aku main heavy cover. Ganding dengan lure yang berat memang sesuai sangat nie. Walaupun belum diuji sepenuhnya dengan saiz megatron, namun part "berumbak" (Royal Rumble) tu memang tak bagi can lah. Suka sangat woo...
|
|
Baitcast bajet yang cun gak main kasar! Taklah terlampau berat bagi aku. Hanya banyak birdnest sebab aku guna tali mono. Bila dah makin lama cast, korang akan jumpa tune yang betul sekaligus mengurangkan birdnest. |
|
Tali mono yang aku gandingkan dengan set heavy. Ada berat sikit tapi spring (keanjalan) tali yang tak berspring sangat tu aku suka. Aku tak suka pakai tali yang kuat sangat spring nya. Macam rasa tak jitu, tak mantap & tak padat time disentap. |
|
Huh, nie dia tali DURJANA yang aku MENYAMPAH SANGAT tu! Cepat sangat berbulu & mudah meletup! Sorry to say beb, out of my list forever... Dah aku buang pun tali nie. Tak berbaloi. Tak boleh nak sentap kuat sikit, kena sentap manja2 cam pondan! Tak ubah seperti drama kat tv yang heronya acah2 sado romatik menyampah! Marah bena aku wei... Mau taknya marah, bila 2 kali lure kesayangan yang masih baru terkorban! |
LURE(S) OF THE DAY
|
5.6cm (55mm), 12.5g - lure nie aku dapat masa menang peraduan dulu. Klik sini untuk kenangan mengusik jiwa tu... |
salam bos... camana ngan reel ni? biasa naik ikan gadang2 ker? org ckp drag dia indah kabar dr rupa.... sy ada sebijik tp belum kerna ikan lg...
ReplyDeleteWslm...
DeletePaham maksud tu. Rasanya bukan nak cakap drag tu yang tak kuat. Drag dia memang kuat. Masalah nya "benda" yang nak kunci drag tu yang loose hingga terasa handle tu masih boleh dipusing wlpun stardrag dah kunci habis. Pun begitu Toman berskala 3kg dah dinaikan (azab lah jugak sbb aku tak locked drag 100% & ditambah masalah sediada "loose drag" tu);
http://pijanmadinil.blogspot.my/2017/10/snakehead-report-2nd-weeks-of-october.html
So,sekarang nie solution yang kira "oklah...", aku tambah 2 bijik washer (aku pakai washer dr BC (rosak) Bigshot.. ngam masuk kat boxster nie (mayB sama made in Korea) kat tempat washer2 (kat star drag tu). Sekarang dah jd ketat sikit wlpun tak 100%...
Plan nak review minggu lepas, tapi x jadi pakai masa komplot tu. Nanti aku review balik lps test drive...
Assamualaikum tuan...saya baru beli bc ajiking boxter 418..dan saya ada joran figo nano graphite NA 60MHC2 LINE 10-25LB LURE 12-45G
ReplyDeleteMinta pendapat tuan...jika saya nak pakai tali mono dari produK tce tackle..apakah jenama yg sesuai..baru belajar pakai bc ni...jika utk memancing air masin...jenama mana yg sesuai...saiz tali yg sesuai antara joran dan reel tersebut.pendapat baik tuan..amatlah saya hargai...
Terima kasih
Waalaikumsalam tuan...
DeleteKalau guna bc baik pakai tali braided tuan. Walaupun dalam post nie saya pakai tali mono, apa yang saya perasan, bila cast tu tak boleh nak cast jauh sangat. Mungkin kalau pakai spinning baru boleh jauh berbanding bc. BC nie dia sensitif sikit sebab "enjin" dia lebih laju & tulah pasal kalau kena backlash / birdnest memang kaw2!
Saya penah gak try 2, 3 jenis mono dr TCE (& brand mono lain), tapi kebanyakannya mempunyai rasa "spring" yang agak kuat. Amat bahaya jika sangkut & kita cuba tarik kuat2. Silap2 boleh kena "tembak" balik dengan lure berhook tu (pengalaman sebenar kena kat muka, cermin mata penyelamat - sebab tu wajib pakai cermin mata & topi). Maaf untuk yang nie saya tak arif jenama mana dari TCE yang sesuai. Boleh jer try tarik2 tali tu & pastikan "spring" & keanjalan tali tak kuat sangat. Saya sendiri memang cari yang kurang ber"spring".
Untuk air masin memang rekemen jenis braided sebab lebih sensitif merasa getuan ikan. Jenama pulak dari yang pemos spt Dr.Barid,De'Channa Sportfishing Braided, Power pro & banyak lagi or yang mampu milik seperti Tri-poseidon, seaknight, kirin pun boleh. Nak yang dari TCE? Saya dah beli TOMMAN Elephant Braid (l0 lbs), tapi belum test lagi lah... Tengok gambar gajah jadi model, mungkin sekuat gajah jugak tali nya. Hahaha... kurafat sungguh.
Kalau nak ikut "protokol" sebenar bagi tali, joran & reel, perlu "match & balance". Maksudnya dekat joran tu ada tulis berapa max tali & lure yang sesuai. Contohnya joran tuan 10-25 lbs, so max tali yang sesuai adalah 25lbs paling besar yang boleh digunakan. Lure pulak 12-45g, so max lure yang boleh menampung joran tersebut adalah 45g. Bukan bermakna lebih dr tu tak boleh pakai, tapi itulah panduan untuk memastikan joran tu tak cepat "meninggal". Biasanya walaupun dah ada spec yang diberi tu, paling selamat pilihlah tengah2... Misalnya kalau 10-25lbs, pakailah tali dalam 15-20lbs... begitu jugak lure. Biasanya bc & spinning x jadi masalah sangat. Hanya pemilihan tali & joran tu yang kebanyakannya menjadi isu. Untuk makluman tuan, saya nie bukan yang jenis ekot "protkol" sangat... so saya memang bersedia untuk pasrah, rela & redha jika apa2 berlaku pada set saya tu. Hehehe...
Itu jer yang boleh saya kongsi dari penglaman yang tak seberapa. Saya pun masih belajar jugak. Never stop learning.
90% adalah usaha, 10% adalah rezeki...
Assalamualaikum.. bang.. boxster nie berapa berat dia? sebab kat kotak die ngan website die. kat tce tackle pon xde info tu.
ReplyDeleteWaalaikumussalam...
DeleteKan!. Hrmmmm... Tak sure jugak bpa berat. Nanti sy try timbang & update.