"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

29 May 2017

Salak Strike


Tarikh  : 23/05/2017 (Selasa)
Lokasi : Salak, Kuching
Masa   : 06.45am - 3.00pm



Hari ke-2 aku cuti. Semalam kumpau aku. Seperti biasa destinasi pertama hari nie ke Riveria & seperti biasa jugak aku kumpau lagi kat situ. Sunyi & tiada Tarpon bermain2. Memang sah kot Tarpon kat situ dah pupus...

Kemudian aku memecut ke Tambak Bako. Agak lewat sedikit aku sampai. Air dah mula pasang. Pun begitu, R.A.B.U.T. aku di minit2 terakhir masa kecederaan (betul2 dah sampai kat tebing), Ketutu remaja menggelupar hingga berjaya mengeluarkan hook. Tak sempat buat apa2 aku beb! Fuh... kalau dapat lesen tu! Dah bukan rejeki...

Seterusnya aku menuju ke Salak bagi mencari secebis tarikan sang Tarpon bagi mengubat kesedihan rabut tadi...




Kuat pulak keroh hari nie. Semalam hujan lebat. Masa tengah karau tu, antara nampak samar2 seperti Tarpon mengejar lure. Kemudian aku ulang cast kat tempat yang sama.
 



Tetiba sambaran yang pantas terus meluru laju membawa lure aku. Fish on!. Aku rasa Selunsong @ Barramundi nie. Semakin dekat ke tebing beliau melompat. Sah, Selunsong strike!



 
Species : Selunsong @ Barramundi (1st Catch)
Rod       : Viper_Double Dragon, 8-17 lb
Reel      : Shimano_Scorpion MG 1001
Line      : Tri-Poseidon PE x4_15 lb
Leader : Poseidon_20 lb
Lure     : Bakau Spoon_Diamond 5g
Status  : Tapau buat lauk



 
Kat hujung mulut spoon sangkut (hook sebelah kiri. Yang hook belah kanan tu time beliau melompat2 masa sesi fotografi, masok melalui insang).



 
Bila dah kurang sambutan, aku beralih ke tempat lain lak. Lure pun aku tukar selepas agak lama tiada sambutan. Kali ini aku menggunakan micro popper. Belum lama aku nge"pop", satu sambaran manja melarikan popper. Fish on! Tarpon akhirnya... Kecik jer tapi entah kenapa semenjak 2 3 minggu nie aku rasa excited sangat2 bila dapat Tarpon. Mungkin faktor aksi akrobatik yang lama dah aku tak tengok tu sentiasa menaikan adrenalin aku kot?!...



 
Species : Ikan Bulan @ Tarpon (2nd Catch)
Rod       : Viper_Double Dragon, 8-17 lb
Reel      : Shimano_Scorpion MG 1001
Line      : Tri-Poseidon PE x4_15 lb
Leader : Poseidon_20 lb
Lure     : Storm_Gomoku Popper
Status  : C&R




Ngepop lagi berhasil dengan sambaran tak jauh dari tempat strike Tarpon tadi. Kali ini Selunsong pulak (sorry gambar tak clear. Aku gunakan telepon back-up. Telepon utama aku masok bengkel... Arghhhhhh, stress!).




Species : Selunsong @ Barramundi (3rd Catch)
Rod       : Viper_Double Dragon, 8-17 lb
Reel      : Shimano_Scorpion MG 1001
Line      : Tri-Poseidon PE x4_15 lb
Leader : Poseidon_20 lb
Lure     : Storm_Gomoku Popper
Status  : C&R




Hoh, sangkut kat pipi pulak...



 
Kali ini aku ngepop sedekat yang boleh dengan kayu2 & ranting2 mati tu. Semakin dekat dengan ranting tu tetiba aku dikejutkan dengan satu "letupan" kuat menyambar popper aku. Wah, kuat betul tarikan kali ini. Ke kiri ke kanan aku cuba mengontrol arah pergerakan agar tidak sangkut kat bawah kayu tu. Sesekali nervous jugak aku bila beliau bejaya masok kat bawah kayu2 tu. Mujur dapat aku pujuk keluar...




Dan akhirnya... Selunsong kasar saiz hidangan kat seafood! 1st time aku dapat Selunsong saiz nie kat sini. Gumbira beb!




Species : Selunsong @ Barramundi (4th Catch)
Rod       : Viper_Double Dragon, 8-17 lb
Reel      : Shimano_Scorpion MG 1001
Line      : Tri-Poseidon PE x4_15 lb
Leader : Poseidon_20 lb
Lure     : Storm_Gomoku Popper
Status  : Tapau buat lauk



 
Rupa2nya sangkut kat atas batang hidung! Nasib baik tak lucut. Hahaha...



 
Tak sampai sekilo. Tapi dapat kat tempat camgin memang unSANGKArable...



 
Hari semakin panas. Bila dah tiada lagi sambutan, aku berpindah lagi kat petak berhampiran. Terdapat sekali-sekala Tarpon bermain di permukaan air.



 
Baru 2 3 kali ngepop, sambaran manja lagi aku dapat. Kali ini Tarpon pulak & merupakan strike terakhir aku hari ini.



 
Species : Ikan Bulan @ Tarpon (45th Catch)
Rod       : Viper_Double Dragon, 8-17 lb
Reel      : Shimano_Scorpion MG 1001
Line      : Tri-Poseidon PE x4_15 lb
Leader : Poseidon_20 lb
Lure     : Storm_Gomoku Popper
Status  : C&R





 LURE(S) OF THE DAY

Yes, spoon wajib aku untuk permainan jig.



 
Kalau spoon @ jig tidak berhasil, standbylah popper jenis micro camgini. Terbokti peberet Tarpon & Selunsong jugak walau pun bersaiz 4cm & berat 3g. Tapi hook tu aku dah tukar, berat sikit dari yang ori. Tenggelam popper tu sebelum dikarau. Kalau masih ori, memang timbul lah. Rasanya nak tambah lagi popper nie nanti sebab aku cuma ada 1 nie jer.


 

Nie 1 lagi yang aku rasa terbaik jugak. Keluaran Ofmer. Bersaiz 5cm & berat 4.2g. Lama dah popper aku nie terkorban & belom ganti lagi sampai sekarang. Tunggu season cast barulah nantilah baru aku beli.

 



 So, cam biasa aku OFF CAST SEPANJANG BULAN RAMADAN (Fasting Month) nie. Jumpa lagi nanti selepas Hari Raya, somewhere around July? Insyaallah....









 

No comments:

Post a Comment