"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

02 May 2017

Riveria Strike 07/2017: Tarpon @ Ikan Bulan


Tarikh  : 30/04/2017 (Ahad)
Lokasi : Riveria, Kuching - Samarahan Expressway
Masa   : 06.30am - 4.30pm



Macam hari2 biasa pagi ini aku mulakan dengan cast di Riveria. Misi utama aku adalah untuk cast Tarpon atau Ikan Bulan. Dendam & geram sebenarnya. Selama aku cast di Riveria nie belom pernah lagi aku dapat cast Tarpon. Hampir2 tu ada lah, tapi last2 rabut! Saiz kasar2 lagi tu. Lagipun Tarpon kat sini memang degil!. Kali ini aku menggunakan "senjata baru" yang aku modified...




Dari hari samar2 sampai time nie dah terang hari, masih lagi Tarpon berjaya mempermainkan aku. Kejar sana sini aku jugak dibuatnya. Biasanya aku main kat seberang tu. Ramai pulak orang memancing hari nie.




Kat seberang tu pun ada jugak yang memancing. Bila dah ramai sangat terpaksa jugak aku keliling kolam mencari tempat kosong sambil mengejar Tarpon.




Sejak awal pagi tadi Tarpon nie asyik main jauh jer. Langsung tak terjangkau dek lure aku. Memang di luar radar! Saiz kasar2 lagi tu. Hinggalah aku nampak mereka lepak2 kat sini, terus aku cast. Beberapa kali gak sambaran tak kena & ada yang kena jig sahaja.



 
Entah kali ke berapa aku cast kat situ, tetiba aku rasa kali ini solid hooked-up. Yes, berjaya dinaikkan. Walaupun bukan saiz target, namun syok layan!


 

Species : Tarpon @ Ikan Bulan
Rod       : Viper_Double Dragon, 8-17 lb
Reel      : Shimano_Caenan
Line      : YO-ZURI_Hybrid, 25 lb 
Lure     : Starlit_Metal Jig
Status  : Tapau




Kan?! Baik punya hooked-up. Memang best jig nie. Sepatutnya dari dulu dah aku pakai untuk memikat Tarpon kat sini. Next time, lock Tarpon saiz kasar & Bandang @ Lady Fish, jika masih ada...





Bila air sungai dah mula surut, aku bertukar tempat cast sekitar Kuching. Mula2 ke Tambak Bako. Perghhhh... ramai orang. Habis block port yang berpotensi. Bila dah takde sambaran, aku betukar lagi ke Sungai Rengit. Pun tiada sambaran. Last2 jam dah pukul 3.15pm, aku kembali semula ke Riveria untuk last cast (kena balik awal hari nie sebab ada urusan lain nanti). Masih ramai gak yang cast. Aku tukar lagi pakai lure yang sama aku gunakan pagi tadi & terExcidentlah dapat seekor ikan apa entah!








 LURE(S) OF THE DAY

Lure Micro dari jenama Starlit - Metal Jig dengan berat 7g.




Hah, nie dia lure tadi aku modified. Senjata baru yang ampuh untuk menggoda Tarpon.











2 comments:

  1. boleh tuan bgtau saiz mata kail utk jig tersebut, tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau yang nie no.10 tuan... Time nie malas nak buat, so cara mudah beli jer hook nie yg digunakan sbg 7 eye tu... Trim sikit bulu kalau rasa terlebih panjang. Kalau tak silap yang nie dr jenama Fire Eagle... Seagour pun ok gak. Cari hook yang tebal sikit. Rasanya lain jenama lain pulak besar hook walaupun saiz no. yg sama.

      Delete