Tarikh: 19/06/2014 (Khamis)
Lokasi: Port Summer Mall(SM)
Masa : 6.30am - 7.45am
Kesempatan berkursus yang dekat dengan lokasi kediaman, aku gunakan untuk casting snakehead awal pagi memandangkan kursus start jam 8.30am.
So, purata jam 6.30am-7.45am bagi aku memadai untuk memenuhi hobi aku ini. Memang kalau ada peluang untuk casting tu tak akan aku lepaskan. This is My Hobby & This is My Passion!
Port yang semakin mengering. |
Need hujan lebat bagi mengembalikan kegemilangan port nie... |
Kangkung pun semakin menutup permukaan. |
Selepas 2 hari berturut2 aku kumpau & rabut, di hari terakhir kursus, berjaya gak aku naikan snakehead berskala 1kg++. Walaupun port semakin kering, masih ada snakehead yang sudi bermain di luar zon selesanya.
Oh, BTW, rod nemesis aku yang patah tempoh hari telah aku modified tapi menjadi pendek sedikit & asalnya 2 piece telah menjadi 1 piece. Hentamsajalah... Janji masih berguna.
Good size of 52cm. |
Close-up with SureCatch Tiny Frog yang solid hook-up. |
Yes, 1.3 kg. Osemmmmmm! |
Setelah merasakan itu sahaja snakehead pada pagi ini, kat 1 hot spot yang aku rasakan berpotensi, aku cast betul2 kat hot spot tu. Setelah 2 kali twitch, takde sambutan (biasanya kat situ landing saja lure tepat kat tempat tu memang tak sempat nak twitch dah sebab terus disambar!), kosong agaknya...
Twitch ke-3 & kiranya aku mahu retrive cepat2 & balik rumah, tetiba lure aku disentap ganas! Last card yang hook-up. Agak kasar tarikanya kali ini.
With 1.7 kg, this 1 is very good fighter! |
Last pose before going home... \('-')/ |
assalam tuan tahniah dan mantap perjalanan casting . syabas kerana amalkan CnR.. sedikit pertanyaan tentang a70 taken ruler, tuan beli dimana dan berapa hargany tq
ReplyDeleteWslm...
DeleteTQ tuan sudi singgah. Tak semua C&R tuan... Ada gak perlu seekor 2 untuk buat lauk. Ambil bila perlu & lepas jika x perlu.
A70 taken ruler tu saya mintak tolong member belikan. Kat list "Label" sebelah kanan tu ada short-cut story dia tuan... Scroll plan2...