Tarikh: 05/06/2014 (Khamis) - 06/06/2014 (Jumaat)
Lokasi: Paitan
Masa : 10.35pm
DAY 4 & 5
Inilah acara kemuncak komplot aku di Sabah kali ini. Peluang terakhir untuk mencari ikan idaman, Borneo Blackbass (BBB) / Tembaring / kanai / Kakap Hitam. Banyak betul gelaran ikan ini.
Lokasi kali ini agak jauh. Lebih kurang 6 jam perjalanan. So, memandangkan kami tak nak bermalam kat situ, jadi dari Bongawan kami bertolak di sebelah malam & dijangka sampai di Paitan dalam pukul 4.30am - 5.00am next day. Pukul 6.00am casting & balik ke Bongawan pada hari yang sama gak! Perghhhh... paling ekstrim trip tahun ini.
Komplot nie hanya berempat (aku, bro Samoi, bro Zul & Mamat) & akan dibantu oleh seorang guide local nanti.
|
Malam bertolak jam 10.35pm... Driver (bro Samoi) & co-pilot (bro Zul) yang cemerlang memandu menuju ke destinasi. Aku dan Mamat tido dulu untuk standby jika perlu bergilir2 driving (kononnya...) |
|
2.40am sampai di Pitas. Jalan tak jem, so sempat posing kat sini. Hahaha... |
Tiba di Paitan jam 4.10am. Memandangkan masih awal, so kita tido dalam
kereta. Walaupun aku tak memandu, tapi penat gak buntut & kaki duduk
memanjang. Bila hari dah terang sikit, nampaklah kelibat guide kami.
Seterusnya persiapan terakhir dibuat sebelum misi bermula.
|
2 buah bot digunakan. |
|
6.00am, misi start! |
|
Sarapan dulu. Sungguh nyam.... |
|
Guide back-up. Guide utama tak dapat join di saat akhir kerana ada urusan yang tidak dapat dielakan. |
|
Hening & mendamaikan. |
|
Masuk ke anak sungai. |
|
Berpotensi tapi takde penghuni. |
|
Kerapu sebagai perasmi. |
|
Bro Zul turut menaikan Kerapu. |
|
Mamat & Bro Samoi. |
Tak tahu mengapa kali ini kurang sangat sambaran. Walaupun dimaklumkan yang trip bro Zul & rakan2 beliau sebelumnya amat mendapat sambutan. Asyik putus perambut kasar diorang. Tapi kali ini walaupun air nampak cun, namun saiz mama tak kelihatan. Sampai tengah hari pun masih macam tu jugak hasilnya...
Bro Zul ikut nasihat/tips dari guide utama, jika casting tak berhasil, cuba trolling. Trolling? Ini satu lagi kaedah memancing yang aku tak berapa nak minat selepas kaedah membottom. Apa2 teknik yang tak banyak melibat pergerakan tulang 4 kerat, aku tak dapat nak menjiwai. Sebabnya penyakit mengantuk aku cepat sangat datang! Memang banyak trolling dari casting pun masih tak berhasil memikat BBB nie. Ngapa liat sangat nak dapat ikan nie.
|
Kaedah trolling. Walaupun dapat hasil, namun "jiwa" aku tak menjurus ke sini. Peluang untuk aku belajar menghaluskan teknik casting, lontaran & ketepatan, memang takde kalau praktis trolling nie. |
Memandangkan hari semakin petang dah hasil tak menggalakan, so kami putuskan untuk menamat trip ini. Masih ada satu lagi perjalanan jauh (pulang) yang perlu ditempuhi.
Hanya si Mamat sahaja berjaya menaikan seekor BBB tapi saiz masih kategori baby. Takpelah dah tertulis rejeki kami macam nie. Apa2pun satu lagi tempat baru akan masuk dalam agenda aku kalau berpeluang ke Sabah lagi. Insyaallah...
|
Hasil dari Mamat & Bro Samoi. Yang tengah2 ala2 MJ itulah ikan sasaran yang berjaya dinaikan oleh Mamat. |
|
Close-up ikan BBB. dapat pegang pun jadilah... |
|
Ini pulak hasil dari aku & bro Zul. Syukur... |
|
Dinner dengan mi maggi dulu sebelum bertolak balik. |
Akhirnya selesai sudah Komplot UNsangkaRABLE - SABAH VOL.2 kali ini. Kesimpulan yang aku boleh buat, personally aku rasakan bulan Jun memang keadaan air tak berapa nak cun. Komplot VOL.1 tu pun sama gak hasilnya. Bermakna perlukah aku memilih bulan lain untuk komplot yang akan datang? Wallahhualam...
Terima kasih yang tak terhingga buat rakan2 di Sabah yang terlibat secara langsung & tak langsung terutamanya Bro Samoi sekeluarga yang menyediakan hospitality terbaik sepanjang aku berada di Sabah.
No comments:
Post a Comment