"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

20 June 2014

Komplot UNsangkaRABLE - SABAH VOL.2 (PART 2)

Tarikh: 02/06/2014 (Isnin) 
Lokasi: Weston
Masa  : 5.50am - 5.45pm



DAY 2
Misi diteruskan tapi kali ini teknik membottom + casting. Membottom? Hrmmmm... Walaupun jiwa & raga aku lebih ke arah casting, kena try gak lah "asas" yang membawa aku ke dunia pancing nie. Lagipun dah lama sangat aku tinggalkan membottom nie sejak beralih ke casting. 

Start kosong baliklah jawapnya ilmu membottom aku tu. Nasib baik ada Mahaguru yang meberi tunjuk ajar yang memegang gelaran Dewa Lautan. Perghhhhh... Nama saintifiknya Bang Kamal Kumpun. Memang layak dapat gelaran tu sebab.... followlah this story & you will know why...




Lepas menjemput Dewa Lautan, perjalanan ke Weston bermula...






Untuk kali ke-2nya (tahun lepas kali pertama) aku terlepas merasa Nasi Lemak yang paling umphhhh...! kat sini sebab dah sold-out!






Sampai kat cowboy town Weston & membeli sedikit bekalan.






Tulah bot baru Bro Samoi. Selesa amat untuk aktiviti mancing.






Bergerak mencari udang hidup untuk dijadikan umpan.






Close-up wajah ensem Dewa Lautan merangkap kapten bot kali ini.






Yes ada umpan. Pilih2 dulu. Diorang nie main mintak jer. Lagipun diorang tu memang kenal dengan Dewa Lautan.







Mangsa ke-2. Mintak lagi sebab tak cukup. Hahaha...




So, selepas umpan cukup, kami pun terus menuju ke lokasi yang dikenalpasti oleh Dewa Lautan. Selepas semua siap, apa lagi, labuh lah!











Inilah ikan target utama misi membottom. Dewa Lautan gak yang dapat. Sebelum tu ada beberapa lagi spisis yang beliau dapat.






Aku masih lagi kumpau. Nie pulak hasil tangkapan Bro Samoi.






Hrmmm... Apa yang korang lihat nie sikit jer sebab aku dah tak larat nak snap gambar. Nanti korang tengok keseluruhan hasil trip nie...





Setelah agak lama membottom (& aku lak puas mengantok - pasal nie lah aku tak berapa nak suka xtvt selain casting. Bila duduk saja tanpa banyak bergerak & dibuai laut, memang cepat giler aku mengantok wei...), jam 3.00pm barulah xtvt casting. Barulah segar balik mata aku, otomatik!




Hasil casting aku. Saiz camnie jer banyak yang tinggal...






Lagi2 kerapu. Ada gak 2 3 ekor lagi yang saiz kecik2 telah aku C&Rkan...






Air semakin surut. Apa lagi, chow lah...





Dari pukul 3.00pm hingga 4.45pm jer casting?... Apa sangat yang nak dapat dalam masa 1 jam 45 minit... Lagipun air yang cun dah terlepas. Sayang woo tak dapat casting sepenuhnya kat Weston nie, sedangkan kat sinilah antara tempat peberet aku casting (terkenang sambaran yang tak putus2 tahun lepas kat Weston nie). Akhirnya misi tamat  jam 5.45pm.




Mengapa aku katakan Bang Kamal nie memang layak digelar "Dewa Lautan"? Tu nampak hasil keseluruhan dalam box? Boleh dikatakan 95% beliau yang dapat sensorang! Lagi balance 5% tu combine aku & bro Samoi. So, Lu pikir lah sendiri...











No comments:

Post a Comment