"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

10 January 2022

Haruan @ Striped / Common Snakehead #1-2/2022

Tarikh  : 08.01.2022 (Sabtu)
Lokasi: Sekitar Kota Samarahan (Kampung Rembus)


Assalamualaikum & salam sejahtera gais. Plan hari ini kalau diikut aku nak turun solo cast memandangkan Apiz tak dapat nak join. Pun begitu, ajakan dari member nak riki port stream aku terima dengan "landing net" yang terbuka.

Dipendekan cerita, sampai kat port tengok paras air agak tinggi & deras. Tahap keruhnya pulak pucat2 gitu (bukan level teh tarik). Sayangnya takleh nak randuk. Main kat tebing jer. 

Sampai 1/2 day cast hanya sorang member aku yang dapat baby seluang. Kita orang kumpau. Memandangkan tiada rupa air nak berubah, kita orang putuskan untuk stop dahulu & plan nak terjah lagi jika cuaca mengizinkan...

Balik rumah, aku lunch kejap. Kemas2 terus memecut mencari secebis strike snakehead di kawasan berdekatan sekitar Samarahan. Port pertama, tiada strike. Kemudian aku terjah kat port nie...

 

Yang nie kira dah jauh aku terjah. Adalah jugak miskol & rabut. Sehinggalah aku baling lure dari pangkal lalang tu, retrived sedang2 laju & terus "boom...!"...




Naik jugak sang mama. Dah bertelur nie sebab perut dia rasa kosong. Ganas jugak masa strike tu. Mungkin lapar sangat.




Species: Haruan @ Striped / Common Snakehead (1st catch)
Rod      : Viper_Tanto, 4-12 lb
Reel     : Shimano_Scorpion XT 1501-7
Line     : Tri-Poseidon, 15 lb
Leader: YGK_N-Walker, Fluoro 20 lb
Lure    : Lures Factory_Triton Dessert




Fuhhh... Hujung2 jugak hooked up tu. Kalau lagi lama fight ada kemungkinan koyak mulut tu & melepas.




Bergerak ke hadapan lagi, nun dari hujung pangkal daun2 pandan ke apa namanya tu, baru 2-3 langkah sekali lagi "bomm..!" lagi kuat dari tadi. Terus aku bagi rod & tali tegang...




Huh, lagi kuat asakan dia gais! Memang ke kiri kanan dia drift. Aku layan dulu sekejap sebelum aku angkat... Hubby dia tadi ke nie? Lokasi tak jauh dari yang pertama tadi.

 

 

 

Species: Haruan @ Striped / Common Snakehead (2nd catch)
Rod      : Viper_Tanto, 4-12 lb
Reel     : Shimano_Scorpion XT 1501-7
Line     : Tri-Poseidon, 15 lb
Leader: YGK_N-Walker, Fluoro 20 lb
Lure    : Lures Factory_Triton Dessert

 

 

 

Masa nak sesi fotografi asyik melompat2 jer memutahkan lure. Huh senang betul lure terlucut. Nie antara risiko bila duri kat mata kail tu ko buang/lipat. Mengapa? Sebab aku tak nak bagi kecederaan ikan tu terok sangat. Mengapa? Sebab... errr... ko bacalah blog aku yang lepas2. Panjang sangat aku nak explain.

 

 

 

Sampailah ke penghujung saliran parit nie, tiada lagi hasil. Tapi kalau ko ikut laluan air tu, seberang jalan nun kawasan sawah padi. Lokasi nie sebenarnya terletak di kawasan sawah padi jugak.

Aku terpaksa stop awal sebab orang rumah ada appointment petang nie. Kalau diikut mau repeat kat tempat 2 minggu lepas nak tengok perubahan disebabkan hujan lebat semalam. Takpe, kita tinggal untuk next time...

 

 

 

 

Lure(s) Of The Day

Lure lama entah beberapa tahun tak pernah2 hanyir strike nie! Kali ini tetiba menjadi pulak. Tengoklah kecan calar-balar tu. Legend!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment