Assalamualaikum & salam sejahtera gais. Selamat tahun baru 2022. Semoga tahun nie sama2 kita strike bertalu-talu. Tahun 2021 personally sedikit mengeciwakan bagi aku di mana masa cast aku agak terbatas. Harap lebih cemerlang kali ini hendaknya.
Aku membuka tirai 2022 ini dengan layan stream terlebih dahulu. Masih lagi keadaan cuaca yang tidak menentu, beberapa port airnya agak keroh & tinggi. Tah lah, kalau kat Semenanjung galak pulak sebarau/ kelah/ tengas time gitu tapi kat tempat aku nie memang susahlah nak strike...
Nie port ke-2 aku & Apiz terjah setelah port pertama agak keroh & deras. Walaupun air nampak cantik, namun penghuni dasar tak kelihatan...
Ku sangkakan sebarau yang menyambar, rupa-rupanya baby bujuk. Patutlah tiada pecutan menggila masa strike tu.
Masih lagi level baby, syukurlah setelah beratus-ratus kali lempar, strike jugak sebagai pembukai tirai 2022.
Cantik amat kaler beliau nie. Warna pun cerah. Maklumlah, Bujuk sungai pergunungan... Kebiasaannya kepekatan warna bujuk nie mengikut lokasi dia tinggal.
Kecil tapak tangan, namun tetap awesome catch!... Pun begitu, hanya seekor nie sahaja yang berjaya ditangkap & terlucut seekor sebarau kecik masa otw nak tukar port.
Port yang seterusnya pun tak dapat cast, air masih keroh & deras. So, balik jerlah... Wokeh, sehingga ketemu lagi gais, thank you for your time & see you when i see you!
Lure(s) Of The Day
Lure bajet favorate aku. Hook tukar, pakai single hook.
Extra
Hook yang macam nie. Kali ini aku try pakai brand nie lak. Bajet & ada keras sedikit. Harap2 tak berkarat & yang penting aksi lure tak lari sangat.
Split ring pulak aku sukai pakai jenama nie. Cuma bila dah takde saiz 3.0 tu aku pakai saiz 3.5.
No comments:
Post a Comment