Tarikh : 13.06.2020 (Sabtu)
Masa : 7.30am – 3.30pm
Misi utama kali ini menerjah Sebarau. Sampai sekarang masih lagi belum ku renew lesen Sebarau nie. Masih seekor tu jugak yang pernah aku dapat dulu. Kali ini aku bersama Apiz. Beliau pertama kali ke sini.
Lebih kurang jam 7.30am kami bertolak. Menghampiri lokasi sekitar Semadang, aku lihat air sungai keruh. Adoiyai… Rupa2nya semalam hujan. Kalau tak kat sini, kat bahagian hulu kawasan.
Hrmmmm Keruh jugak. Tak nampak bayang2 ikan ataupun ikan mengejar lure.
Kira gelap gak nie. Manalah penghuni dasar bersembunyi, langsung tak ada tanda2.
Photo Credit Apiz: Bila nak sampai ke penghujung port “birdnest” pulak! Kesilapan aku lure sangkut kat rumput. Tengah aku berusaha meleraikan tali, tetiba Apiz menunjukkan seekor Sebarau belang 3! Arghhhhhhh… Time camgini lah pulak berlaku. Last2 aku tukar set pakai spinning.
Photo Credit Apiz: Sampai nak balik belum juak aku beroleh. Memandangkan satu lagi kawasan
tak boleh nak terjah, kami berdua mencuba kat bawah jembatan sahaja sebelum
balik. Dan lagi sekali Apiz strike! Kali ini 1 belang.
Photo Credit Apiz: Mables betul lure yang Apiz gunakan nie - DUO Spearhead Ryuki.
Bila dah tiada lagi sambutan, kami memutuskan untuk pulang mencuba layan port Snakehead pulak. Lokasi port boleh nampak dari tepi jalan jer. Tanpa membuang masa, terus kami cast. Berlaku sambaran “miss” pulak. Sah ada penghuni.
Tukar lokasi setelah gagal memujuk. Kalau tadi aku menggunakan lure top water, kali ini aku gunakan lure jenis spoon.
Masa karau spoon dah nak sampai kat aku tetiba satu sambaran mengejutkan aku. Yes, fish on. Layan dulu beb, bagi ilang gian. Hahaha...
Hah, tak kumpau. Penyelamat last minute. Sekali lagi lure spoon berhasil. Namun kelihatan kurus jer beliau nie. Kurang makanan dalam tu agaknya.
Kali ini Apiz hanya mendapat miskol... Penat pusing cast, tiada lagi sambutan. Kami putuskan untuk stop setakat nie. Hari nampaknya kelihatan tanda2 nak hujan. Syukurlah dua2 tak kumpau walaupun misi peribadi Sebarau aku gagal untuk kali ini. Next time, I”ll be back…..
No comments:
Post a Comment