Tarikh : 06.06.2020 (Ahad)
Masa : 7.30am – 12.30pm
Bertemu
lagi gais… Misi kali ini aku masih mensasarkan spesis snakehead sebagai pemuas
nafsu casting! Hahaha… Ada port baru di kawasan lama yang semenjak 2 menjak nie
aku google namun tak berkesempatan nak terjah.
Memandangkan Apiz tak dapat cast minggu ini, so bergerak solo kembalilah aku. Port nie masih lagi di kawasan lading sawit Kampung Empila. Terbabas sikit time tido, jam 7.30am baru aku bergerak…
Kalau sebelum nie aku terjah sampai ke dalam kawasan berpagar, kali ini lokasinya di luar kawasan tersebut. Tak sampai jauh nak masuk ke dalam. Kat port nie aku dapati kawasanya separa banjir dibeberapa tempat. Mungkin disebabkan hujan sehari 2 nie.
Lokasi pertama tu ada lah jugak sekali dua sambaran tak berapa kasar sangat namun asyik rabut jer lure frogie yang aku gunakan. Sampai satu tahap lure aku sangkut terkorban (tak boleh nak selamatkan. Terpaksa tunggu air surut kelak), aku tukar ke lokasi seterusnya.
Kat sini lokasi kiri & kanan aku try pakai top water lure (frogie tadi) namun
tidak ada sambutan. Melihat kawasan nie kurang berhalangan & nampak clear
jer, teringat aku minggu lepas Apiz gunakan lure jenis spoon untuk kawasan
camgini.
Nasib baik aku bawak sekali lure box yang ada spoon & spinner, terus aku keluarkan lure jenis spoon.
Aku cast dahulu tepi sebelah kanan berdekatan tebing. Bila tak ada aku
cast ke tengah & bila tak ada jugak, aku cast sebelah kiri berdekatan dengan
tebing. So, dengan cara nie aku dapat cover kawasan dengan lebih efisyen (cehwahhhh...!). Ulang lagi langkah nie...
Masa cast, aku biarkan spoon tenggelam dalam kiraan 5 saat
kemudian aku karau perlahan seolah2 spoon tu seperti berayun kiri kanan
(jangan karau laju sampai spoon berpusing 360◦), teras sesuatu cuba membaham
tapi tak kemas.
Aku cast lagi kat tempat & teknik yang sama, tetiba “pecutan” berlaku… Yes, kali ini fish on! Akhirnya pemangsa berjaya digoda. Bila aku perati kat perut dia, hrmmm... sang mama nie.
Species: Snakehead @ Ikan Haruan (1st Catch)
Kemudian
aku ulang sekali lagi & berlaku sambaran semasa aku cast sebelah kiri
berdekatan dengan tebing.Yes, fish on lagi & berjaya digoda.
Species: Snakehead @ Ikan Haruan (2nd Catch)
Pindah
lagi ke lokasi lain pulak. Jumpa lagi kawasan separa banjir lagi. Halangan yang
jelas kat sini rumput lalang tepi tebing tu tinggi. Terpaksa pijak hati2 nak
bagi rumput lalang tu clear sikit. Pelepah sawit & ranting2 yang ada kat
situ jugak menjadi halangan. Salah cast, bye2 lure terkorban...
Lure aku gunakan kali ini jenis frogie lagi. Bila sambaran yang tidak tepat berlaku, aku cast lagi sekali kat kawasan yang sama dengan memperlahankan persembahan frogie… Yes, kali ini beliau tergoda akhirnya!
Species: Snakehead @ Ikan Haruan (3rd Catch)
Can you see me? Telan habis. Bagi aku saiz 40cm & ke atas adalah saiz sedap layan idaman kalbu. Kena pulak yang kelaparan, perghhhhhh… ganas bertarung beb!
Seterusnya
tak berapa jauh dari kawasan tadi nampak kawasan macam open berlopak gitu. Cast
dari hujung melalui laluan sempit, satu sambaran tapi rabut pulak… Ulang balik
& guna teknik tadi, goda perlahan2.
No comments:
Post a Comment