Yo, gais, wellcome again! Memandangkan ada beberapa pertanyaan dari kawan2 tentang Float & Pole Fishing kepada aku yang masih 'merangka belajar' jugak nie, so aku nak kongsi sekali lah dalam blog nie tips yang aku pelajari dari Youtube.
Semoga perkongsian tak seberapa nie memberi manfaat buat korang & rakan2 yang ingin "menceburi" Float & Pole Fishing nie. Jika ada kesilapan & kekurangaan, mohon maaf dari seorang nubis lone ranger caster parit ini...
PART 1 - Setting
|
Ini Peralatan2 Asas yang diperlukan untuk "demo" (tak termasuk rod). Bahan2nya;
(A) Hook - Aku gunakan Fire Eagle_Akitakitsun, Size 3
(B) Timah soldering (diketuk hingga lumat - sikit jer pakai)
(C) Pelampung
(D) Tali mono/braided secukup rasa - demo nie aku guna braided line |
|
STEP 1: Mula2, tali (D) dipasang pelampung (C) - agak2 jer dulu. Jika guna pelampung jenis ini untuk pancingan floating, pasangkan pelampung terlebih dahulu. Tali nie mainline korang. Tak payah ada leader bagai. Terus jer guna dari mainline. |
|
|
STEP 2: Pastu ikat hook (A). Jika guna
pancing jenis pole pulak, ikat hook
terlebih dahulu sebelum memasang pelampung atau sebaliknya pun boleh. | |
|
STEP 3: Kemudian kepingan Timah soldering (B) dipotong sedikit & lilit serta kepit pada tali. Tujuannya sebagai pemberat agar tali tu tak 'melayang' dalam air (agak2lah tahap arus air dengan berat timah nie yang korang nak pasang). Jarak untuk meletaknya lebih kurang 4 jari gitu dari hook. |
|
STEP 4: Pastu balik pada STEP 1 untuk adjust jarak pelampung pulak. Macam nie lebih kurang... Nah, siap dah basic setting korang yang boleh digunakan untuk memancing ikan Sepat, Puyu & yang seumpanya... Simple kan? |
PART 2 - Pasang Umpan - roti (white bread)
|
Untuk "demo" memasang umpan, bahan2nya;
(1) Roti (white bread) - Aku lebih suka guna kepingan 'liat' yang part orang tak suka makan tu, terletak pada kedua2 hujung).
(2) Sedikit air
(3) Set basic setting tadi
|
|
STEP 1: Mula2, cubit sedikit sahaja (bahagian 'liat' beserta isi putih tu). | | |
|
|
STEP 2: Kemudian basahkan roti tadi dengan sedikitttttttt SAHAJA air. |
|
STEP 3: Basahkan sehingga roti tadi dapat dibuat bulat2. Tekstur roti yang dibasah nie mesti ada rasa kenyal2 sedikit. Jangan jadi terlalu 'cair'. |
|
STEP 4: Bentukan sehingga besar camgini (atau kecik sikit) lebih kurang. Pastu cangkukkan pada hook. Tadaaaa....Selesai dah semua proses dari setting hingga ke pasang umpan... Good luck! |
|
No comments:
Post a Comment