"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

08 March 2019

Ikan Puyu @ Climbing Perch #4-5/2019


Tarikh  : 4/3/2019 (Ahad)
Lokasi : Culvert, Kota Samarahan
Masa   : 7.00am - 11.30am



Masih lagi ketagih mempole fishing... Hari ini aku cuma ada masa 1/2 day jer mancing. Aku gunakan masa yang ada sebaik2nya. Atas permintaan member aku yang inginkan beberapa ekor ikan Puyu untuk akuariumnya, so aku cuba menangkap ikan tersebut jika ada rezeki... 





Of cause lokasi culvert yang sama aku target. Kali ini aku membawak 2 set pole & 1 set UL untuk casting Tarpon (huh, hanya rabut jer Tarpon kat kedua-dua belah culvert nie. Geram wooo...). 1 set tu aku park kat sini.





...& 1 lagi set aku park kat bawah nie. Kalau kali pertama tu aku gunakan umpan roti (white bread), kali ke-2 aku guna sausage yang dicubit2 kecik, kali ini aku gunakan nasik pulak. Pilih nasik yang ada keras2 sikit. Jangan guna yang lembik sebab cepat hancur time ko nak sangkutkan pada hook.





Tanpa menunggu lama, pemandangan yang aku suka tengok - pelampung berdiri sekejap sebelum tenggelam dibawak lari menandakan ada pemangsa yang sedang beraksi. FYI, ada lah 2, 3 kali rabut sebelum solid hook-up nie. Ternyata saiz layan menjelma...





Species : Ikan Puyu @ Climbing Perch (1st Catch)
Rod       : Xpuyu_Puyu X 5005
Hook     : Fire Eagle_Akitakitsun, size 3
Line      :
Lemax_EX Steel, 6 lbs
Lure     : Rice





Mangsa pertama pagi ini. Pemerhatian aku semenjak 2 menjak mempole fishing kat sini di sebelah awal pagi memang frenzy berbanding waktu tengah hari atau petang. Aku rasakan lagi awal lagi bagus.





Letaklah umpan korang dekat2 dengan tumbuhan air tu kerana kat situlah mereka selalu ambush.





Seperti hasil ke-2 ini. Walaupun rabut berkali2, aku letak lagi umpan kat tempat yang sama & kali ini lebih cepat pelampung aku tenggelam - petanda saiz kasar mencurik umpan, tenang2 aja buat sentapan, terus fish on...





Species : Ikan Puyu @ Climbing Perch (2nd Catch)
Rod       : Xpuyu_Puyu X 5005
Hook     : Fire Eagle_Akitakitsun, size 3
Line      :
Lemax_EX Steel, 6 lbs
Lure     : Rice







Kan! Saiz heaven... Ngapalah ko masih belum berjaya dicasting? Teknik pole fishing jugak yang ko nak. Inilah hasil yang terakhir aku perolehi dalam sisa masa yang "singkat" ini. Syukur dapat jugak aku tunaikan permintaan member aku. Pasnie kena cari lagi seekor 2 sebab seorang lagi member tengah tunggu turn. Hahaha...














No comments:

Post a Comment