Tarikh : 14/2/2019 (Khamis)
Lokasi : Culvert, Kota Samarahan
Aku berkursus 3 hari sejak 2 hari lepas. Hari ini last kursus. Memandangkan tempat kursus pun area tempat tinggal aku jugak, so aku plan petang nanti nak try 1 lagi "genre" baru dalam memancing - POLE FISHING.
Target utama adalah ikan Sepat. Setelah selesai & ready semua dikesempatan yang terhad nie aku memecut kat 1 culvert yang aku perati sejak berkursus nie. Berumpankan roti (white bread), aku mula memancing...
Lebih kurang macam membottom juga Pole Fishing, selain beza pada "tools", the rest is waiting game... |
Setelah melayan seadanya, perghhhhhh... Ikan Puyu rupanya! Patulah ganas semacam jer tarikan. Kasar jugak saiz Puyu nie. |
Species : Ikan Puyu @ Climbing Perch
Rod : Ajiking_Modena 360
Hook : Fire Eagle_Akitakitsun, size 3Line : Lemax_EX Steel, 6 lbs Lure : Roti (White Bread) |
Sebenarnya 2 kali jugak aku rabut selepas dapat yang pertama nie. Kesemuanya ikan Puyu. Walaupun sasaran utama (ikan Sepat) tak dapat, namun rasa puas hati & seronok pulak layan Pole Fishing nie. So, cukuplah dulu buat permulaan & perasmian rod...
TOOLs
Rod Pole Fishing aku nie rasanya tak cukup panjang, kena cari yang panjang lagi lah pasnie. |
Asalnya hujung rod tu guna tali (gambar bawah), so aku modified sikit (guna apa nama yang macam alat utuk pecah jerawat jer kaler gold tu. hahaha...) untuk memudah proses meletak tali. |
No comments:
Post a Comment