"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

04 February 2019

Ikan Bulan @ Tarpon #01/2019


Tarikh  : 2/2/2019 (Sabtu)
Lokasi : Taman Sukma
Masa   : 6.30am - 6.30pm



Cuaca tidak menentu, kerja & OT jugak tidak menentu. Terpaksa berkorban hobi bagi memberi keutamaan kerja. Tahap vibrate memang tak dapat dibendung lagi. So, minggu nie aku skip OT! Aku tak kira, minggu lepas sampai malam aku kerja/OT. Aku nak release tension yang teramat sangat!

Aku mulakan awal pagi menduga di Riveria. Agak sunyi & sepi. Tiada kelihatan letupan @ boiling... Sejam jer ku kat situ sebelum berpindah ke spot ke-2, Tambak Pending.

Lama dah aku tak cast kat Tambak Pending nie. Walaupun hujan on off on off, awal2 aku dah standby baju hujan. Tak kira, asal jangan keluar kilat jer lah. Lama gak kat sini sampai tengahari. Cuma merasa secebis miss kol sahaja...





Selepas lunch, aku terus memecut ke Taman Sukma pulak. Baru 3, 4 kali cast, tetiba hujan lebat. Huh, mengejar pulak hujan kali ini. Mujur aku cast kat rumah bapak sedara aku, terus rehat2 dulu sehingga hujan berhenti. Bila dah ok, aku sambung balik. Sedang2 banyak boiling namun pelbagai lure aku gunakan tiada sambutan. Sehinggalah 1 boiling kat seberang tu, aku cast & retrive perlahan tanpa henti, macam nampak sedikit riak2 gelombang mengejar lure aku...


 

...& terus membaham lure dengan pantas lalu memecut laju. Sepantas itu jugak aku hook-up yang berhasil dengan bunyi "nyetttttttttt"... fish on babeh! Walaupun digoda bunyi jeritan drag yang tengah stim, malas aku nak layan lama2 (gila kau lama kumpau! Tak pasal2 kalau lepas). Aku tak kira, mesti cepat2 didaratkan. Walaupun 2 kali aksi akrobatik, syukur dapat jugak dinaikan. Puas hati aku wei!!!





Species : Ikan Bulan @ Tarpon 
Rod       : Kanicen Nix_Sailang, 2-6 lbs
Reel      : Shimano_Sahara 500FE
Line      : Special Line, 4 lbs
Leader : Tomman_Tali Hantu
, 15 lbs
Lure     :
Berkley_Ripple Shad (+ jighead)





Cam biasa, lompatan tanpa henti kat darat berjaya jugak membebaskan hook. Huh, panjang koyak bawah mulut tu akibat aksi sendiri cari penyakit! Auchhhh...





Sehingga lewat petang mengejar boiling, fish on lagi kali ke-2. Aku dah plan awal2, kalau strike lagi,memang layan kaw2. Drag aku dah loosekan & seperti dirancangkan, seekor lagi terpedaya dengan gelek Ripple Shad, maka aku layan muzik drag yang mendayu2 sambil2 ambik feel melayan strike. Lama jugak aku melayan kali ini (hehehehe... ngidam nikmat merasa pecutan demi pecutan diselang-seli bunyi drag, cam kejam jer. Hikhikhik...), sehingglah bila aku dah rasa cukup terhibur, aku tarik pelan2 menuju ke tebing, betul2 time nak angkat tu tetiba dia membuat akrobatik terus hook off! Pulak... (Padan muka ko Pijan! Sapa suruh layan lama2). Tulah akibatnya jahat sangat!



Jam 6.30pm bila kurang boiling & tiada sambutan, aku stop dulu kali ini. Walaupun strike seekor & rabut seekor, puas hati amat aku sebab hilang rasa gigil & mengfeel layan tu make my day...


 


 LURE(S) OF THE DAY










No comments:

Post a Comment