"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

05 November 2018

Ikan Bulan @ Tarpon #48-49/2018


Tarikh  : 04/11/2018 (Ahad)
Lokasi : Taman Sukma
Masa   : 1.50pm - 6.15pm



Punyalah pedih memanjang kumpau beberapa minggu lepas. Dahlah masa cast pun singkat sekarang nie disebabkan keutamaan tugas hakiki. 
Kena buli, akrobatik tahap dewa, jumpa level surut / pasang amat, jadi babysitter, musim hujan, perghhhhhh macam2 lagi faktor yang sakit nya tuh di sini...
Syukur kali ini setelah terasa lama, baru dapat menikmati bunyi "nyetttttttttt...!"



Masa sampai tu air still cam gine, besar. Time gambar nie dah pukul 5 lebih baru Tarpon nie start nak makan. Sebelum tu pukul 2 lebih aku dah start cast, walaupun ada boiling, tapi haram disentuhnya!... Pada mulanya boiling besar kat tengah tu, aku cast & nampak kelibatnya memfollow & termiss terkam. Dah nak sampai kat tebing tetiba sesuatu meluru dari bawah rumput tu & membaham lure aku...





Strike pembukaan yang menghilangkan terus vibrate tahap gaban!





Species : Ikan Bulan @ Tarpon (1st Catch)
Rod       : Kanicen Nix_Sailang, 2-6 lbs
Reel      : Shimano_Sahara 500FE
Line      : Special Line, 4 lbs
Leader : Tomman_Tali Hantu
, 15 lbs
Lure     :
Clouser Minnow (+ sinker)





3 kali akrobatik, namun lure masih ampuh, lekat kat bawah mulut.





Kemudian aku beralih kat sebelah nie pulak. Boiling besar kat tengah2, terus aku cast & jerk sedang2 laju. Nampak gelombang mengejar tapi pastu cam senyap balik. Tetiba terasa lure diterkam pantas & berlaku pecutan2 demi pecutan yang menghasilkan bunyi drag, music to my ears...





Yang nie lama sikit aku layan sebab degil & sering membuat percubaan meloloskan diri di bawah rumput2 bila cuba didaratkan. Tambah2 lagi dia buat akrobatik yang buat ko rasa seram sejok! Senang nak cast Tarpon nie orang kata lah... tapi ujian sebenar adalah time ko daratkan, berjaya atau tidak, Tarpon nie fighter hingga ke akhir... Syukur, kemenangan ke-2 buat aku.





Species : Ikan Bulan @ Tarpon (2nd Catch)
Rod       : Kanicen Nix_Sailang, 2-6 lbs
Reel      : Shimano_Sahara 500FE
Line      : Special Line, 4 lbs
Leader : Tomman_Tali Hantu
, 15 lbs
Lure     :
Clouser Minnow (+ sinker)





Patutlah kasar semacam & degil amat. Foul hooked rupanya. Ah, tak kira, janji strike! Hahaha...










  LURE(S) OF THE DAY

Clouser Minnow





Ragging Baitfly/Spinfly @ Setup untuk Clouser












2 comments:

  1. Huhuhu lame menyepi.
    Gambar gune HP Huawei memang nampak tip top.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... gitulah adat, lama kumpau, lamalah nak up story. Kalau nak cerita pasal lama kumpau silap2 boleh histeria!

      Aha.. mmg terbaik HN3i nie. Just payah sikit bila sendiri jd photografer & model serentak. Mmg main 3, 4 kali jugak snap mcari hasil yg terbaik buat bahan blog.

      Delete