"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

18 October 2018

Ikan Bulan @ Tarpon #47/2018


Tarikh  : 16/10/2018 (Selasa)
Lokasi : Taman Sukma
Masa   : 8.30am - 10.30am



Perghhhhhh... 3 minggu kumpau beb! Tambah2 lagi faktor kerja di hujung minggu. Hanya dapat melepas gian sekejap cuma. Tu pun rabut & kumpau banyak kali jugak. Kali ini balik dari out station (aku dah apply awal2 cuti 1 hari), dan masih banyak urusan dunia pasni, so aku ada masa bajet2 dalam 2 jam untuk cast...





Short time, short cast, aku layan di Taman Sukma cam biasa jer lah. Masa aku sampai, air masih tinggi & baru nak start surut. Lokasi pertama kat belakang rumah Pak Sedara aku cuma berhasil dengan rabut. Bila mana boiling semakin jauh, aku start kejar. Ini lokasi yang ke-2...





Bertuah aku kali ini sebab jumpa sekumpulan Tarpon sedang memboiling. Terus aku cast kat tengah kelompok tu di sini, belum sampai 5 kali jerk, terus disambar ganas. Hoh, kasar. Namun pecutan beserta lompatan akrobatik maut akhirnya membuang lure aku. Cis!... Aku tunggu lagi boiling kumpulan tadi. Sedikit jauh namun masih dalam radar. Lure aku cast aim kat tengah2 kekecohan boiling. Baru jatuh lure aku & belum sempat retrive, terus disambar ganas buat kali ke-2.





Sedap layan pecutan Tarpon nie. Aku control pecutan kencangnya tapi beliau cuba menggunakan rumput air untuk membebaskan diri & bersembunyi di situ. Bila situasi ini berlaku, kena sabar & pastikan tali tu sentiasa tegang. Bila beliau sendiri merasa bosan, tetiba beliau memecut keluar laju. Maka menjeritlah drag dengan bunyi "nyettttt... nyetttt...". 3 kali aksi akrobatik masih belum berjaya mengeluarkan lure aku & akhirnya beliau menyerah, pasrah, rela, akur & redha dengan kekalahan ini. Yoshaaaa....!





Species : Ikan Bulan @ Tarpon 
Rod       : Kanicen Nix_Sailang, 2-6 lbs
Reel      : Shimano_Sahara 500FE
Line      : Special Line, 4 lbs
Leader : Tomman_Tali Hantu
, 10 lbs
Lure     :
Rubber Prawn (+ jighead)





Perghhhhh... Kat situ rupanya sangkut. Hampir2 jugak rabut kalau lagi lama aksi berlawan. Hanya seekor ini sahaja yang berjaya ditangkap. Pun begitu, rasa puas yang teramat memandangkan kumpau berlarutan tempoh hari terubat jua.









 LURE(S) OF THE DAY










No comments:

Post a Comment