Tarikh: 27/01/2016
(Rabu)
Lokasi: Sekitar
Kota Samarahan, Sarawak
Masa : 5.45pm -
6.45pm
*TEST DRIVE 1*
Banyak betul test drive aku
awal tahun nie. Hrmmm... Dalam masa yang singkat nie aku aku cuba lure
dari jenama Senses. Kali ini aku menggunakan D-Frog (Delta Frog).
Macam biasa, duri pada mata kail tu aku lipat / buang untuk ujian tahap 'extreme'
(sorry Senses...).
Lokasi lak seperti biasa port
Snakehead kat sawah padi tu. Sampai kat port nie aku tengok dah
macam pesta. Ramai gak yang dah pancing kat sini. Kebanyakan mereka pancing
Puyu & Sepat. Ada gak yang pasang taut untuk Snakehead.
Sekeroh air teh tarik
parit kat sini. Rupa2nya ada sorang caster bagitau kat aku, awal2 lagi
dah ada orang yang menjaring. Arghhhhhh... nie yang tak best nie!!
|
Setelah
beberapa kali cast kat parit yang keroh & tiada sambutan, aku
beralih kat parit yang bertentangan. Parit nie tak diganggu. Jernih airnya.
Aku baling kat
kawasan yang berumput. Firasat aku mengatakan adanya sesuatu kat tempat
begitu... Baru suku aku retrive, tetiba satu sambaran membaham lure dibawak
menyelam. Seronok tengok sebab air jernih... |
|
Saiz bolehlah sebagai pembuka tirai. Tiada masalah semasa dihooked-up
& pasrah beliau ditarik rod Expert Graphite Carbon Cube yang Jahat
ini. Hehehe... |
|
Species: Haruan @ Common Snakehead (1st catch)
Rod: Expert Graphite_Carbon Cube, 10-20 lb
Reel: Shimano_Caenan 101
Line: Tri-Poseidon PE x4_15 lb
Leader: Poseidon 100% Fluorocarbon_20 lb
Lure: Senses_D-Frog
Status: C&R |
|
Terbaik
Senses D-Frog nie. Senang nak hooked-up. Ditelan habis tu... |
|
Setelah
agak lama & rabut beberapa kali gak, nun di tengah2 titik fokus tu cam baik
punya kawasan ambush (mulanya kat lorong kecik belah kanan kat atas tu
rabut saiz curut. Lepas dipujuk2, tak mau gak menyambar).
Sekali baling landing
atas tanah. Kemudian aku tarik pelan2 supaya jatuh dalam air. Aku biarkan
sekejap tak bergerak & bammmmmm!!! Bunyi sambaran ganas serta menarik
perhatian beberapa orang pemancing kat situ datang untuk check it out
apa the hal is happening... |
|
Tindakan bijak dari Snakehead terus membaham & melarikan diri
di dalam rumput air. Satu aksi ala Heavy Cover Game menarik beliau
keluar bermula. Cuma malang nasib Snakehead tu sebab aku gunakan rod
yang paling Jahat! Tak susah aku tarik keluar. Redho jugak kau ye! Kihkihkih... |
|
Species: Haruan @ Common Snakehead (2nd catch)
Rod: Expert Graphite_Carbon Cube, 10-20 lb
Reel: Shimano_Caenan 101
Line: Tri-Poseidon PE x4_15 lb
Leader: Poseidon 100% Fluorocarbon_20 lb
Lure: Senses_D-Frog
Status: I gave to
photografer of this pic... |
|
Muka tak caya yang beliau berjaya ditarik keluar. Hahaha... Tak nampak Senses
D-Frog kat dalam mulut. Snakehead nie aku bagi kat budak yang tolong
snap kan gambar aku. Rejeki dia. |
LURE(S) OF THE DAY
ULASAN TEST DRIVE:
|
Dari
segi bentuk & berat memang best buat lontaran, jauh & tepat.
Aksi jugak baik punya lenggok. Body belakang dekat dengan mata kail tu
sangat lembut (bagi aku terlalu sensitif.
PROSnya
senang nak hooked-up. CONSnya
boleh senang sangkut kat kawasan yang berhalangan jika tersilap kawalan retrive.
Contoh; bila di baling, lure nie jatuh belakang dulu - mata kail kat
bawah. Jika kawasan berhalangan, silap tarik boleh sangkut kerana hujung body
tu sangat lembut).
Satu
lagi CONSnya bila lure nie sangkut
sikit, tempat sangkut klip kat hujung mulut tu sering terkeluar hingga
menyebabkan kepala & buntut terpadat. Macam kena compress (mungkin satu antara beribu-ribu kesilapan pengeluaran pihak kilang?). Memandangkan aku cuma
beli satu jer so tak dapat nak komen lebih tentang masalah ini.
Overall, memang terbaik & senang hooked-up.
Bonus bagi aku kat bawah pemberat tu ada tempat untuk sangkutkan blade! Nice.... |
Tarikh: 31/01/2016
(Ahad)
Lokasi: Sekitar
Kota Samarahan, Sarawak
Masa : 6.05pm -
6.45pm
*TEST DRIVE 2*
Kali ini set Heavy Cover Game (HCG / HC) akhirnya lengkap sudah dengan ketibaan RBC Kuying Tornado 101 v2.0. Seronok sangat akhirnya set HCG melengkapkan senjata perang dalam dunia hanyir aku. Specs yang aku set-up untuk HCG nie seperti berikut;
Rod : Expert Graphite_Carbon Cube, 10-20 lb
Reel : Kuying_Tornado 101 v2.0
Line : Tri-Poseidon PE x4_30 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 50 lb (80% Fluorocarbon)
Aku terus rasmikan untuk mencari lesen Toman - Boat base main Salt Water. Tapi dah bukan rejeki aku, kumpau Toman lah pulak. Last2 sebelum balik rumah, aku cuba kat port biasa dengan mensasarkan Snakehead sebagai bahan ujikaji.
|
Kira lewat dah aku sampai kat sini. Mentari pun dah stat nak berlabuh... Cast pertama difollow & dipatuk2 Snakehead kecik jer. Cast
kali ke-2 aku baling jauh sedikit. Bila sampai kat tengah2, dari bawah
rumput sebelah kanan beliau meluru keluar, membaham & bawak lari kat
bawah rumput yang banyak2 sebelah kiri tu. Aku biarkan sambil tersenyum
kerana itu yang aku harapkan bagi menguji set HCG nie sebelum aku mehooked-up sedang2 kuat... |
|
Nahhhhh... Mana ko mau lari & sembunyi? Set HCG nie beb!. Caught good size yang tak mampu melawan kejahatan set HCG aku. Senang jer aku tarik keluar dari tempat2 yang beliau rasa selamat konon... |
|
Species: Haruan @ Common Snakehead
Rod: Expert Graphite_Carbon Cube, 10-20 lb
Reel: Kuying_Tornado 101 v2.0
Line: Tri-Poseidon PE x4_30 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 50 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: Senses_D-Frog
Status: C&R
|
|
Aaaaaaa... Ternganga kelelahan. Tidak berdaya melawan "Kejahatan Dunia Gelap Heavy Cover Game..." |
LURE(S) OF THE DAY
|
Masih berkhidmat. Namun kali ini bulu2 beliau dah takde. Senang hilang bulu nie bila asyik dipatuk2 digigit2... |
ULASAN TEST DRIVE:
|
Tak seberat rupa. Bila dah digandingkan dengan rod ringan Expert Graphite, selesa jugak rasanya. Baling memang jauh. Just aku belum biasa nak setting tu. Kenak banyak praktis lagi... Speed (gear ratio) yang agak rendah (5.3:1) untuk setting HCG. Kalau ada gear yang boleh diupgrade nie memang menarik sangat. Cuma yang kureng sikit aku rasa bila tali yang melalui line guide tu bergesel dengan bawah tempat rehat ibu jari (plat kat atas tu, tah apa ke nama nya?). Pasal tu tak boleh isi spool penuh. Korang kena alert sikit perkara nie. Cek betul2 kalau mengakibatkan tali berbulu. Setakat dari pagi sampai petang aku cast, syukur tali masih sihat & tiada bulu. Tali gak kalau nak pakai yang kasar, cari diameter kecik. Hrmmmm... Macam nak kecikkan lagi poundage tali aku nie dalam 20-25lb?!... |
|
Gabungan yang sangat Jahat! |
No comments:
Post a Comment