"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

04 January 2016

Snakehead Report (1st week of January 2016)


Tarikh: 03/01/2016 (Ahad) 
Lokasi: Port RAHSIA, Kota Samarahan, Sarawak
Masa  : 06.35pm - 5.00pm




Selamat Tahun Baru 2016 Bloger2 sekalian. Terima kaseh kerana masih lagi sudi singgah sebentar kat blog aku nie. Macam mana aktiviti memancing korang untuk 2016 nie, dah start ke? Aku baru jer start hari ini dengan hasil yang kurang memuaskan. Biasalah, "enjin" masih sejuk!

Komplot kali ini menerjah Port Rahsia. Sekali lagi aku ulang Port RAHSIA. Aku pun menumpang kaseh sayang member2 bawak kat sini. Awal2 aku dah diingatkan agar tak bawak orang lain. So, tak perlulah korang nak tanya kat mana lokasi. Hanya aku boleh bagitau kat Kota Samarahan, Sarawak. Korang carilah sendiri. Hahaha... Sorry aaa... Amanah sahabat beb!






Komploter: Left to right: - Udin Pos, Aku, Aleh, Azrin Haruan. Front: E-ey Ya (camna nak sebut nama saintifik beliau nie? Panggil EE jer senang).
*KREDIT FOTO TO EE.





Sejak jam 3.00 pagi hujan dah lebat. Misi bermula agak lewat. Port banjir giler. Memang tak berapa menjadi hasil kali ini. Menurut member aku kalau air kering sedikit memang happening! Spesis rare (Runtu & Bujuk) senang nak jumpa. Aku sendiri pun melepas 'lesen' Runtu @ Channa Baramnesis yang aku dambakan selama ini, ketika diangkat semasa didaratkan! Rontaran terakhirnya berjaya meloloskan diri dari hook. Arghhhhh... Memang kena terjah lagilah jawapnya. Pun begitu, aku strike 2 ekor snakehead dalam misi pertama aku kat sini.




 
Species: Haruan @ Common Snakehead (1st catch)
Rod: Viper_Sting (8-17 lb)   
Reel: Shimano_Caenan 101
Line: Omga_Aka 15 lb mono
Leader: -
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: C&R





Saiz curutron jer. Lepas dapat yang nielah aku rabut Runtu tak jauh dari lokasi ini... Macam2 lokasi diterjah & beberapa kali gak aku rabut saiz yang kecil2. Sebelum rehat untuk Lunch Hour, aku strike yang ke-2 pulak.





Species: Haruan @ Common Snakehead (2nd catch)
Rod: Viper_Sting (8-17 lb)   
Reel: Shimano_Caenan 101
Line: Omga_Aka 15 lb mono
Leader: -
Lure: EXP_Pekka Frog, 10g
Status: C&R





Kamera aku untuk setting micro & lain2nya jem (aku rasa masok air selepas cast Koi tempoh hari). Mulalah kamera aku meragam... Apa2pun, terima kaseh kat EE kerana memberi kebenaran untuk aku pakai gambar2 beliau bagi report blog aku kali ini.





EE @ nama FBnya E-ey Ya, merupakan Lure Maker tempatan. Mengkhususkan pembuatan lure Jump Frog dengan menggunakan kayu yang bermutu & berkualiti dari Tanah Borneo - Kayu Belian. Gambar2 berikut merupakan hasil tangkapan beliau dalam misi ini.
*KREDIT FOTO TO EE.





Runtu @ Channa Baramnesis pertama beliau.
*KREDIT FOTO TO EE.





Runtu ke-2 beliau. Hrmmmm... Frust aku tak dapat "lesen" nie. Aishhhhhhhh!
*KREDIT FOTO TO EE.










LURE(S) OF THE DAY




  










2 comments:

  1. Terbaik bro...sy blum berkesempatan lagi pergi memancing sejak ada anak kecil ni huhu

    ReplyDelete