Lundu - 28.09.2013, (Sabtu)
Misi mencari lesen Selunsong masih diteruskan & masih lagi aku belom berlesen Selunsong (Barramundi). Boatbase kali ini di spot biasa aku kat Lundu. Sekitar kawasan Jantong & Kuala Bandang. Memang payah gak nak dapat lesen Selunsong nie. Walupun orang lain senang2 jer dapat, tapi kalo dah bukan/belom rezeki tu takyah cakap lah... Yang penting Don't Give up!
Hanya berdua dengan Daus. Last minit seorang member lagi tak dapat join.
Senjata gempur kali ini; Shimano Amenista & Calcutta Conquest 51, digandingkan dengan rod Abu Garcia "Vengeance" VGC562MH_8-17 lb & Okuma "Nemesis" NEC562L_4-10 lb.
Kaler air yang sangat Chantek...
Trolling dari Daus. His 1st catch Kerapu.
Tiba masa untuk lunch hour. Kali ini aku membawa Portable Stove untuk acara main masak2 di pondok kampung lama - Kampung Kuala Bandang. Tak sesedap masakan emak, hentam sajalah Asam Pedas Kerapu Sumpit...
Menu masakan kali ini, Asam Pedas Kerapu Sumpit.
Selepas rehat lunch, aktiviti casting diteruskan semula. Yang peliknya kali ini, kaedah casting tidak berhasil! Adakah air terlalu jernih? Arus tidak bergerak (air mati)? yang menjadi faktor kurang sambutan daripada penghuninya? Last2, aku & Daus menukar kaedah dari casting kepada Trolling & walla...
3rd catch by Daus, Kerapu. 2nd dah di CR sebab kecik sangat.
Aksi Daus fight.
... and his 4th catch, Kerapu again.
Memang 'heng' budak Daus nie.... Sekali lagi aksi fight. Aku memang jadi camera man jer...
... and with is 5th Kerapu!
Last catch today... Daus 6th Kerapu.
Hasil yang dibawa pulang kali ini.... Daus (6 Kerapu - 1_makan & 1 CR), Me (2 Sumpit_makan & 1 Kerapu)
*KESIMPULAN:
Walaupun air sangat chantek, jika sambaran di spot utama tidak berhasil dengan kaedah Casting, tukar jer dengan kaedah Trolling. Trip kali ini mendapati penghuni berada di tengah, jauh dari kebiasaan...
No comments:
Post a Comment