21/09/2013 - Ahad, Lundu
Setelah agak lama Tekong Daus "bz" dengan aktivit beliau sebagai 'artis' (katanya...), akhirnya pada 21/09/2013 barulah aktiviti boatbase dapat dijalankan. Kali ini aku dimaklumkan oleh rakan lama aku - Bujang, yang rupa2nya kazen-mazen kepada Tekong Daus, kami akan menduga di spot yang baru di kawasan luar pantai menghadap ke laut di mana lokasi berbatu-batuan yang hanya boleh dipancing ketika air surut.
Perjalanan agak lama jugak dan angin yang bertiup tidak berhenti-henti dari mula kami casting hingga ke petang & air yang agak besar mempengaruhi hasil casting kali ini. Kalau sebelum ini Tekong Daus & Bujang berhasil di spot tersebut, namun kali ini atas beberapa faktor, misi trip kurang berhasil. Hanya Tekong Daus sahaja berjaya menaikan seekor Ikan Kerapu bersaiz kasar (anggaran aku dalam 2 kg). Bujang walaupun kumpau, namun beliau "rabut". Manakala aku pulak memang KUMPAU BERDARAH kali ini, mis kol pun tak ada! Arghhhhhh... Takpelah, bukan rejeki aku kali ini. Tapi sekurang-kurangnya bersyukur gak sebab kerinduan nak ber'boatbase' terubat jua...
On the way...
Member lama yang aku kenali dulu sebelum Tekong Daus merangkap Kazen-mazen Tekong Daus rupanya. What a small world...
Tekong Ensem yang kebelakangan ini bz sebagai "retis"...
Bujang standby dengan set beliau - set popping merangkap casting!
Cantik gak spot baru nih....
2 3 kali gak Daus & Bujang di'mis' kol kat sini...
Takleh berdiri lama2... Gelombang kuat gak wooo...
Gaya Tekong yang comel...
Man of The Match kali ini...
Boleh tahan gak saiz Kerapu nih.
Apabila air dah mula pasang & kawasan batu-batuan tersebut semakin tenggelam, kami pun kembali ke Kuala Bandang untuk mencuba nasib. Air kat situ masih keroh & berarus kuat. Sementara menunggu paras air yang sesuai, kami rehat sebentar untuk masa bersama Kitkat...
Hanya Ikan Sumpit, "Blues Gang" & Gelama bersais kecil berjaya dinaikan Tekong Daus. Gambar takde... malas ah aku nak snap.
Hanya Ikan Sumpit, "Blues Gang" & Gelama bersais kecil berjaya dinaikan Tekong Daus. Gambar takde... malas ah aku nak snap.
Rehat jap sementara menunggu paras air yang sesuai. Namun tak jugak sesuai. Trip yang kurang berhasil end now... C U in the next trip, Insyaallah...
No comments:
Post a Comment