"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

19 August 2013

Battle Casting @ Kampung Jaya Bakti, Kuching

17.08.2013, Sabtu - Satu pertandingan "Battle Casting" dari rakan2 FB diadakan di Kampung Jaya Bakti, Kuching. Battle ini sekadar suka2 & komplot balik dengan kawan2 yang sudah agak lama tidak casting bersama. Walaupun bermula di Kampung Jaya Bakti, cabang sungainya yang bersambung dengan beberapa sungai lain yang agak pemes bagi caster2 otai, tetapi tidak bagi aku yang baru pertama kali casting kat spot nie. Kesempatan ini aku gunakan untuk meneroka kawasan boatbase baru...



 Pintu gerbang yang osemmm..., Welcome to Kampung Jaya Bakti.



Berjudi??? Noooo....! Inilah hadiah yang dikolek dari setiap ahli. Yuran yang dikenakan adalah RM10 seorang (winner take all - Bagi menggantikan lure/tali/hook/sinker atau apa2 jua yang "terkorban"). Sewa bot, minyak bot pulak lain cerita.



 Caster yang terlibat untuk battle kali ini. Tak ramai yang join, 8 orang jer...



Hanya 2 buah bot (4 caster each) digunakan. Bot kayu yang agak besar tetapi bagi aku secara peribadinya bot begini tidak sesuai untuk casting. Aku lebih suka menggunakan bot seperti bot fiber yang boleh muat 2 3 orang jer. Selesa sikit bergerak & ambil lure jika sangkut ke apa ke... Apa2 pun, bersyukur gak sebab ada bot.



Posing lah dulu sebelum bertolak.



This is my crew...



Casting spot...
 


 Aku tidak kumpau! Hahaha... Ikan Tetanda comel - CP&R.



Seriusnya...



Sendiri snap...



Another crew...



Close-up...



Ini lah winner, Enck Kama with his MJ.



 Again, with Kerapu.


Keseluruhan trip battle kali ini kurang memberansangkan walaupun spot2 yang diterjah merupakan spot "panas" yang sentiasa berhasil lumayan. Entah mengapa kali ini "penghuninya" menghilang entah ke mana. Masih berziarah raya kot? Team aku berhasil dengan ikan Tetanda, MJ, Kerapu & Sumpit. Manakala team satu lagi kumpau kali ini... Till next battle!




4 comments:

  1. apa nama fb bro?nk add..bok blaja casting juak tok..dpt g sama lak

    ReplyDelete
  2. Tahniah bro..!
    n trima kasih tolong promo tempat / kpg aku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur mun blog sik seberapa tok dpt membantu...
      Mok diabas gik sia gedong bok sekali gi.

      Delete