"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

12 August 2013

After 1 Month Berehat Casting...

11.08.2013, Ahad - 1 bulan penantian yang menyiksakan! Akhirnya terubat rindu aku dengan xtvt casting nie. Hari ini dengan rasminya aku memulakan semula xtvt ini setelah berehat selama sebulan. Sebelum itu aku ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri" buat pembaca budiman, muslimin & muslimat walau di pelusuk dunia mana pun jua anda berada.

Aku memilih Kuala Bandang, Lundu sebagai gelanggang perasmian kali ini. Xtvt yg pada mulanya berkomplot bersama bro Samoi yang bercuti di rumah mertuanya, namun pada minit2 terakhir beliau tidak dapat join bersama disebabkan kesihatan yang kurang mengizinkan. So nampak gayanya aku dan Tekong Daus sahaja berjuang kali ini.

Lokasi pertama diterjah ialah di Sampadi. Namun tiada mis kol. Memang mendukacitakan. Lantaran tiada sambutan dari penghuni Sampadi (masih beraya agaknya), lokasi ditukar ke Kuala Bandang. Faktor hujan sehari sebelum komplot ini memberi impak maksima terhadap kejernihan air di mana kali ini air di Kuala Bandang & kawasan sekitar agak keruh. Hasilnya, hanya 2 ekor sahaja yang aku perolehi - Ikan Sumpit @ Archery Fish (CP&R) & Ikan Kerapu. Tekong Daus pula KUMPAU kali ini. Harap rezeki casting selepas ini bertambah murah... Amin!


Bro Samoi yang terpaksa menarik diri kerana faktor kesihatan.


 Berduet dengan Tekong Daus.


Ikan Sumpit @ Archery Fish
   Rod: Exori "Super Lite" 431
   Reel: Shimano "Calcutta Conquest 51"
   Line: Power Pro Super 8 Slick, 20 lbs
   Leader: Sunline Fluorocarbon, 30 lbs
   Lure: Storm ThunderCrank Madflash08_Pink Fire UV 



 Ikan Kerapu
        Rod: Exori "Super Lite" 431
        Reel: Shimano "Calcutta Conquest 51"
        Line: Power Pro Super 8 Slick, 20 lbs
        Leader: Sunline Fluorocarbon, 30 lbs
        Lure: Ofmer X Deep 75F_Matte Blueback Chart





No comments:

Post a Comment