"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

18 May 2022

Haruan @ Striped / Common Snakehead #8-10/2022

Tarikh  : 10.05.2022 (Selasa)
Lokasi: Sekitar Kota Samarahan (Kampung Rembus)


Assalamualaikum & salam sejahtera gais. Baru dapat beraksi setelah lama rest disebabkan kerja berpanjangan. Sekadar jadi penglike dalam fb. Ketar tangan tengok hasil member.

Sebagai permulaan, warm-up dulu layan snakehead. Sebenarnya semalam aku dah start jugak (sebab aku amik cuti panjang sikit kali nie), tapi tulah... kumpau. Even ikan "mudah" - snakehead, pun boleh kumpau.

Kali ini aku main dekat2 jer, port bias2 yang lama dah tak terjah. Ada yang dah berumput panjang, ada yang semakin heavy cover & ada yang clear.




Tu dia... sedikit ruang untuk cast. By the way, walaupun heavy cover jika terdapat ruang antara tu, memang suka aku layan.



Balingan lure ke sisi berdekatan tebing, tanpa menunggu lama terus mendapat sambutan.



Saiz layan gais... Strike pertama today. Yoshaaaa...!



Species: Haruan @ Striped / Common Snakehead (1st catch)
Rod      : Viper_Tanto, 4-12 lb
Reel     : Shimano_Scorpion XT 1501-7
Line     : Tri-Poseidon, 15 lb
Leader: YGK_N-Walker, Fluoro 20 lb
Lure    : EXP_Killer Frog II



Close-up. Lure dari EXP nie aku bukak blade dia. Hanya "berkaki" sahaja buat layan tempat yang tidak clear.



Seterusnya sepanjang kawasan ini, besambut juga dari pemangsa...



Nice! Hampir sama dengan saiz yang pertama tadi tapi sedikit kurus.



Species: Haruan @ Striped / Common Snakehead (2nd catch)
Rod      : Viper_Tanto, 4-12 lb
Reel     : Shimano_Scorpion XT 1501-7
Line     : Tri-Poseidon, 15 lb
Leader: YGK_N-Walker, Fluoro 20 lb
Lure    : EXP_Killer Frog II




 Say aaaa...

 

 

Tu ha, cast bermula dari hujung layan perlahan2 bagi mengoda penghuni dasar.

 

 

Kali ini sambaran kasar! Layan punya layan, nasik jugak seekor saiz yang osemmm...

 

 

Species: Haruan @ Striped / Common Snakehead (3rd catch)
Rod      : Viper_Tanto, 4-12 lb
Reel     : Shimano_Scorpion XT 1501-7
Line     : Tri-Poseidon, 15 lb
Leader: YGK_N-Walker, Fluoro 20 lb
Lure    : EXP_Killer Frog II

 

 

Nie lure EXP ke-2 setelah yang pertama tadi hilang kaki dikerjakan. Yang nie aku pakai blade jer & kaki luar aku potong.

Ini sahaja hasil yang aku dapat untuk tempoh 1/2 day cast. Panas bukan kepalang gais. Tak tahan pulak aku. So aku putuskan untuk tamatkan sesi cast nie lebih awal. Cukuplah dulu, janji ada strike.

 

 

 

 

 Lure(s) Of The Day

Aku suka soft frog dari EXP nie. Hook dia pun tajam & keras. Aku modified, kaki kat bahagian dalam body aku nipiskan sikit & potong bahagian luar & gam bagi dia stay (yang asal kaki kat bahagian dalam body tu agak tebal, bila dipicit macam ada gangguan, berbonggol so bagi aku tak kemas untuk strike). Biasanya aku gunakan 2 jenis sama ada berkaki sahaja atau blade sahaja.

 

 

 

 

UPDATED: Link video dah keluar Youtube gais! Klik sini...

(Subscribe, Like & Share gais!)


 

 

 

No comments:

Post a Comment