"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

07 July 2020

Haruan @ Striped / Common Snakehead #8/2020


Tarikh  : 05.07.2020 (Ahad)
Masa   : 9.00am - 4.00pm
Lokasi: Sui, Samarahan

 

Terjah solo lagi aku minggu nie. Akhir jugak aku start sebab hari hujan. Walaupun pukul 5.30am aku dah bangun ready, tapi hujan yang tak berhenti entah sejak pukul berapa menyebabkan aku layan Astro jerlah bagi hilangkan boring.

Dalam pukul 9.00am baru hujan berhenti. Lokasi pertama aku terjah ke Riveria. Sampai kat sini, airnya pulak berbau. Aku lihat  ada penambahan 2, 3 ekor lagi ikan Tilapia mati. Tak taulah apa punca. Sejak minggu lepas aku tengok.

Tiada sambutan kat Riveria, aku memecut sekitar Samarahan mecuba port Snakehead di beberapa kawasan permainan lama. Hanya sekali dua sambaran comel2 belaka namun tiada yang sangkut.

Pastu aku gi kat area Sui. Sui nie kawasan ladang2 sawit jugak. Ada beberapa lorong yang aku pernah pergi & ada jugak yang baru aku pergi. Setelah mencuba beberapa tempat, aku kembali ke port kumpau suatu ketika dahulu.



Masa musim hujan lebat, banjir besar kawasan nie. Tapi sayang port yang berpotensi nun di sana tak terjangkau untuk casting. Tiada tempat berpijak sesuai. Bahkan time tak beberapa nak banjir camnie pun tiada jalan nak ke situ melainkan melalui rumah orang (tak pernah lagi aku try lalu).





Titi nie bergoyang2 jugak, uzur & kena berhati2. Pun di sini kalau banjir besar air start dari hujung titi tu. So, apa yang korang tengok sekarang nie time air dah tak berapa... Sasaran aku kat lopak2 yang ada kat situ.



Bila tiada sambaran, aku jalan hujung sikit lagi kat depan. Beberapa kali balingan kat sini hampir2 dapat disambar. Aku cuba perlahankan sedikit karauan... Entah balingan ke berapa, time aku nak angkat lure untuk balingan seterusnya yang belum sempat aku execute, satu letupan membaham lure aku dari tepi rumput belah kanan betul2 dalam jarat dekat amat mengejutkan aku.





Terangkat gak bahu aku tekejut lantaran sambaran ganas tetiba tu. Aku sentap & fish on!. Memang terasa kasar kali ini. Dengan setup finesse rod 3-8 lbs dengan mainline 10 lbs aku gunakan kali ini betul2 meguji pengalaman aku. Payah memujuk kerana sering dibawak lari kat bawah rumput2 tu dalam cobaan meloloskan diri. Tali sentiasa aku tegang, layan jer dulu kemahuannya & jangan gopoh2, alhamdulillah strike akhirnya!



Species: Snakehead @ Ikan Haruan
Rod      : LEMAX_Slim Max Micro Game, 3-8 lbs
Reel     : SHIMANO_Curado K 201HG
Line     : TRI-POSEIDON, 10 lbs
Leader: TOMMAN_Tali Hantu, 15 lbs
Lure    : EXP_Killer Frog II




Puas hati & lama dah tak layan saiz nie. Sang mama nie (walaupun gambar ke-2 tu perut macam berisi, kosong dah sebenarnya. Lepas bertelur dah agaknya). Memang garang masa fight. Berkali2 aku gulung tali, masih lagi berjaya dipecutnya keluar balik.




Masa balik mencari port lain ini titi yang dilalu tadi. Aku cuba ke kawasan hadapan berdekatan rumah orang namun tiada berhasil. Perut pun dah berbunyi. Time to "reload" & menamatkan misi untuk hari ini. Syukurlah merasa tarikan dari sang monster walaupun hanya seekor sahaja.








Lure(s) Of The Day

ESP Killer Frog II. 1st time aku cuba lure nie & berjaya dihanyirkan.






No comments:

Post a Comment