"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

11 November 2019

Haruan @ Striped / Common Snakehead #8/2019


Tarikh  : 10/11/2019 (Ahad)
Lokasi : Sekitar Kota Samarahan
Masa   : 7.30am - 4.00pm



Agak jauh permainan aku hari nie. Ada beberapa spot yang aku goggle map dari awal minggu nie. So, hari nie aku nak memastikan betul ke tak spot tu. Sampai destinasi pertama memang betul ada. Hanya kelibat Ikan Kaloi jer yang ada timbul mengambil napas. Nyesal pulak tak bawak set UL

Lebih kurang 45 minit aku cast kat situ namun tiada hasil. Kelibat Snakehad tidak kelihatanLangsung ke spot yang ke-2. OTW nak ke spot nie parit kiri kanan adalah jugak bepotensi namun kebanyakannya Ikan Sepat.

Rasa macam sesat pulak aku tak jumpa spot ke-2 nie. Dalam area ladang sawit. Tak boleh nak kompomkan lokasi sebenar sebab laluan dibanjiri kesan hujan lebat amat semalam. Tak lama aku cast sebab tiada sambutan. Last2 aku cast kat ladang sawit Empila pulak.

Kat situ pun air besar. Pokok sawit pulak semakin memanjang daunnya hingga menyukarkan aku untuk cast. Lebih kurang sejam gak aku kat situ sebelum memecut balik tanpa hasil dan menuju ke lokasi sawah padi sekitar tak berapa jauh dari rumah aku.




Walaupun hujan lebat semalam namun aku lihat parit sekitar tak banjir seperti yang aku bayangkan. Lagi surut dari 2 minggu lepas. Kemudian aku cast sekitar sini dulu sebab macam berpotensi.

Tengah aku cast tu, ada letupan tak berapa jauh dari lorong kecik tu. Aku begegas ke lokasi kejadian. Lure aku hantar beberapa kali kat tempat kejadian. Sehingga kali ke-4 satu letupan ganas tetiba menelan lure aku. Yes, fish on!




Malas aku nak layan lama2… tarik, kontrol, landing, nah… strike jugak saiz yang agak kasar. Syukurlah dapat seekor. Tak terasa jauh perjalanan hari ini dengan hasil yang seekor nie buat pelepas gian.




Fuh, dari celah tepi dia sambar. Nasib baik lure mencangkup kemas.




Species  : Snakehead @ Ikan haruan  
Rod       : Lemax_Slim Max Micro Game, 3-8 lbs
Reel      : Shimano_Scorpion MG1001
Line      : YGK_N-Walker Fluoro, 20 lbs
Lure     : Mombok Frog




Mungkin beliau Snakehead yang aku jumpa 2 minggu lepas dekat lokasi berhampiran. Walaupun owner sawah padi nie banyak pasang taut, nampaknya beliau berjaya meloloskan diri dari taut2 tersebut sehinggalah hari ini




Gambar dari sudut lain pulak. Nampak surut jer tu. Kalau banjir besar sikit nie kompom banyak Snakehead yang mengawan! Walaupun cuaca baik, aku terpaksa menyingkatkan masa cast sebabpanggilan pulau”. Kalau diikutkan banyak lagi lokasi sekitar yang nak aku terjah.







LURE(S) OF THE DAY










No comments:

Post a Comment