Tarikh : 18/03/2018
(Ahad)
Lokasi : Taman Sukma, Kuching
Masa : 5.45am - 6.30pm
Kumpau yang lama... Bukan setakat kumpau jer, faktor cuaca yang kembali hujan lebat tak menentu, Mem OT, kemas2 rumah, antara penyumbang mengapa aku tak cast. Hari nie aku kena kejar masa. Tengah hari nanti aku ada tournament bowling dangan staf opis pulak. So, kena cepat2 cast.
Lokasi pertama Tasik Desa Ilmu. Masih suram2 gelap cuaca time aku sampai. Bila dah nampak clear sikit, baru aku cast. Dalam 2 jam lebih aku cast kat situ. Hanya miskol dari sang Tarpon sahaja. Pastu aku memecut ke Taman Sukma pulak mencari karan si Tarpon...
...terus berhasil dengan Tarpon yang ke-2, setelah beberapa kali aksi akrobatik. Mujur aksi terakhir tu masih di atas tebing & lucut dari hook. |
Bila semakin tinggi matahari, dah semakin kurang sambaran, walupun masih banyak jugak boiling. Time camgini memang payah nak pujuk. Agaknya Tarpon nie dah kenyang barangkali... Terus aku kemas2 barang & memecut ke lokasi seterusnya untuk mencarik strike - Gelanggang bowling (hanya 2 kali jugak aku "strike" kat sini dalam 3 game. Hahaha...). Balik dari bowling tu aku sambung cast lagi kat Tasik Desa Ilmu. Pun begitu, dalam cuaca yang berangin kuat, tiada miskol dari penghuni dasar. Sejam begitu berlalu dengan kekumpauan, terus aku balik menamatkan sesi cast untuk minggu ini.
LURE(S) OF THE DAY
Softbaits Paddle Tail beserta Jig Head 3g. |
No comments:
Post a Comment